BMW Group Malaysia perkenalkan BMW Charging serba baharu bersama JomCharge

oleh Penyumbang Rencana|
BMW Group Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan BMW Charging, menerusi kerjasama dengan penyedia kemudahan pengecasan EV tempatan, JomCharge.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, berkata, “Menjadi tonggak penting dalam usaha berterusan kami untuk memperkukuhkan landskap mobiliti elektro di Malaysia ialah kerjasama strategik kami dengan para peneraju industri dalam infrastruktur pengecasan untuk EV seperti JomCharge, ChargEV dan Tenaga Nasional Berhad".

"Berbekalkan matlamat yang dikongsi bersama serta kepakaran yang pelbagai, kami sedang meluaskan infrastruktur dan akses ke atas platform pengecasan ini buat komuniti pemilik EV semasa dan yang pada masa akan datang”.

Hasil kerjasama dengan JomCharge, BMW Charging memberikan akses mudah untuk lebih 100 buah fasiliti pengecasan yang terletak secara strategik di seluruh kawasan pusat bandar dan pelbagai lebuh raya utama.

Kemudahan ini dapat memberikan kelegaan kepada pemilik EV sepanjang perjalanan mereka. Rangkaian ini meliputi infrastruktur yang dimiliki oleh Gentari Sdn Bhd.

 

BMW Charging

 

Pengarah Urusan EV Connection, Ir. Lee Yuen How turut berkata, “Sebagai operator rangkaian JomCharge di Malaysia, matlamat kami adalah untuk menggalakkan penerimaan Kenderaan Emisi Sifar (ZEV) di Malaysia dengan menyediakan sebuah
infrastruktur yang serba transformatif dan berpandukan pelanggan".

"Usaha sama yang dijalin dengan BMW selaku pengeluar kenderaan elektrik premium di sini, membolehkan kami mencapai sasaran penerimaan ZEV menerusi kerjasama untuk meningkatkan keyakinan warga umum terhadap ekosistem mobiliti elektro tanah air.”

Selain itu, bagi menambahkan Pengalaman Pemilikan Elektrik Bertaraf Premium yang dijanjikan, semua pemilik BMW i layak mendaftar pakej BMW Charging. Dengan yuran sekali bayar sebanyak RM640, langganan tanpa diperbaharui selama setahun ini disertakan dengan kredit precuma JomCharge bernilai RM160 untuk menyediakan jumlah nilai pakej sebanyak RM800.

Pelanggan dapat memanfaatkan pakej ini sebagai perkhidmatan bayar bila guna dengan diskaun tambahan sebanyak 10% bagi setiap transaksi pengecasan mereka selama satu tahun.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai BMW Charging, anda boleh layari laman web BMW, atau muat turun aplikasi mudah alih JomCharge di Apple App Store dan Google Play Store.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…