BMW Group Malaysia pecah rekod jualan tertinggi bagi segmen kereta premium

oleh Afandi Che Muhamad|
BMW Group Malaysia hari ini melebarkan lagi portfolionya dalam segmen kereta premium negara menerusi kejayaan serahan 12,680 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad sepanjang tahun lalu, meningkat sebanyak 16 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun 2016.

Untuk makluman, tahun 2017 merupakan tahun ketujuh berturut-turut syarikat pengeluar kereta premium itu berjaya mencatat rekod jualan tertinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, kejayaan pertumbuhan tersebut hadir berkat sokongan berterusan daripada pelanggan ditambah komitmen yang tidak berbelah-bahagi daripada pihaknya.

"Ia (kejayaan) dilihat sebagai satu penanda aras baru bagi industri automotif premium di sini (Malaysia). Kini, kami komited untuk merealisasikan perancangan di negara ini dan pelan pelaburan di rantau Asia Tenggara sendiri.

"Kami berharap dapat terus menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan selain mengekalkan momentum sedia ada pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.    

Jelas Sang Yun, pertumbuhan itu dipacu penjualan sebanyak 3,564 model BMW 3 Series dengan 2,408 unit daripadanya terdiri daripada BMW 330e dan BMW 330e M Sport.

Selain dua model tersebut, BMW X5 xDrive40e juga turut menjadi penyumbang utama kepada prestasi jenama berkenaan apabila lebih 3,000 unit berjaya dijual sepanjang tahun lalu.

MINI juga dilihat semakin kukuh apabila mencatat rekod prestasi terbaik pada tahun 2017 dengan 1,010 unit MINI berjaya diserahkan, meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya (902 unit).

Tambah Sang Yun, pencapaian itu meletakkan MINI sebagai jenama kedua paling pantas berkembang dalam segmen premium di Malaysia dan kini menjadi jenama ketiga terbesar dalam segmen tersebut.

Harus diketahui, MINI telah menambah model MINI Countryman, MINI John Cooper Works Clubman dan MINI John Cooper Works Countryman ke dalam portfolionya bermula tahun lalu. Dan terbaru, pasaran domestik mula menerima MINI Clubman Sterling Edition untuk tahun 2018 ini.

Beralih kepada BMW Motorrad pula, sebanyak 1,052 unit motosikal berjaya diserahkan kepada pelanggan tahun lalu, jumlah itu meningkat lima peratus berbanding tahun sebelumnya (1,004 unit).

Bagi tahun lalu sahaja, lima buah motosikal baharu telah diperkenalkan BMW Motorrad. Antaranya ialah BMW S1000RR, BMW R1200GS, BMW K1600 GT, Bagger dan BMW R nineT Urban GS.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peningkatan cemerlang itu merekod sebanyak 789 unit kenderaan Proton dijual di Brunei meningkat…
Berita Global
Menurut laporan media kewangan China, Jiemian, syarikat itu merancang untuk memberikan bonus…
Berita Domestik
Dengan kerjasama antara Proton Edar dan CIMB, Proton Commerce menyediakan penyelesaian pembiayaan…