BMW Group Malaysia mengeksport Mini Countryman ke Thailand

oleh SALINA JALIL|
Kelompok pertama unit kenderaan Mini Cooper S Countryman dan Mini Cooper S Countryman Hightrim telah dieskport ke Thailand dari kilang rakan kerjasama BMW Group Malaysia, iaitu INOKOM Corporation yang terletak di Kulim, Kedah.

BMW Group Malaysia telah menyerahkan kelompok pertama unit kenderaan yang diperkenalkan baru-baru ini, iaitu Mini Countryman bagi program eksportnya ke Thailand. Dua varian kenderaan tersebut yang dieksport ke Thailand ialah Mini Cooper S Countryman dan Mini Cooper S Countryman Hightrim.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Kilang INOKOM Corporation di Kulim, Kedah, yang dilahirkan melalui kerjasama antara Sime Darby Berhad dan BMW Group Malaysia adalah antara 30 tapak produksi yang terdapat dalam 14 buah negara di seluruh dunia yang berfungsi bagi pihak BMW Group, dan ia merupakan titik permulaan yang penting bagi kami di rantau Asia Tenggara.”

Ujar Hoelzl lagi, keupayaan untuk menawarkan sokongan dan khidmat bagi pasaran dalam rantau ini merupakan satu pencapaian yang mustahak – bukan sahaja untuk BMW Group, malah untuk Malaysia juga. Beliau berkata, “Kami membangunkan fasiliti pemasangan domestik di sini bersama dengan rakan kerjasama kami di peringkat tempatan, iaitu Sime Darby Berhad serta dengan jaringan pembekal tempatan kami yang lain atas matlamat untuk memberi sokongan kepada rantau ini dan pada hari ini, kami telah mengorak satu langkah yang penting ke hadapan.

Inisiatif eksport yang diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia di rantau Asia Tenggara mencontohi kejayaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA). ATIGA menggalakkan perdagangan intra-ASEAN dan memastikan aliran bebas bagi barangan di ASEAN direalisasikan dan ia juga membantu BMW Group untuk memanfaatkan kilangnya di ASEAN dengan lebih efisien – lantas memberikan fleksibiliti kepada syarikat pengeluar kenderaan premium ini untuk memenuhi permintaan pasaran di peringkat domestik dan bagi tujuan eksport dengan lebih berkesan.

 

Spesifikasi - Mini Cooper S Countryman yang dieksport ke Thailand adalah seperti berikut:

Harga: THB 2,299,000, bersamaan RM 259,557.00 (Termasuk cukai nilai tambah (VAT) dengan Pakej Standard MSI)

- Lampu pemanduan waktu siang LED yang membulat 
- didatangkan dengan Bantuan Parkir (Parking Assistant)
- enjin petron 2.0 liter, 4 silinder TwinPower Turbo 
- Transmisi Steptronic 8 kelajuan
- Kuasa kuda maksimum 141 KW/192 kk
- Tork maksimum 280 Nm
- Set roda aloi Apir Spoke bersaiz 18 inci
- kabin dalam kemasan warna hitam (piano black)
- lima tempat duduk dari jenis kulit 
- Infotainment dengan skrin sentuh 6.5 inci
- Pembuka bonet belakang automatik

 

Mini Cooper S Countryman Hightrim

Harga: THB 2,499,000.00 bersamaan RM 282,137.00 (Termasuk cukai nilai tambah (VAT) dengan Pakej Standard MSI)

Mini Cooper S Countryman Hightrim didatangkan dengan keterampilan yang lebih sporty dan serba klasik dengan elemen ‘Chrome Line’ sepanjang ruangan luaran dan dalaman kenderaan ini.

Spesifikasi: Mini Cooper S Countryman Hightrim yang dieksport ke Thailand adalah seperti berikut:

- Kamera undur dengan fungsi Parking Assist berserta 'anta-dazzle' automatik pada cermin belakang
- Enjin petrol 2.0 liter, 4 silinder TwinPower Turno
- Transmisi Steptronic 8 kelajuan
- Kuasa kuda maksimum 141 KW/192 kk
- Tork maksimum 280 Nm
- Stereng sport "Mini Yours" tiga spoke bersulam kulit
- Set roda aloi Edged Spoke bersaiz 19 inci 
- Ruang dalam berwarna hitam (Mini Yours Piano Black Illuminated
- Sistem audio Harman Kardon HiFi
- Paparan 'head-up' pada bahagian papan permuka
- Skrin sentuh 8.8 inci pada panel infotainment

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…