BMW Garmisch, model konsep 'rare', hilang dan dibina kembali

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apabila melihat kereta-kereta era 60an dan 70an terasa seperti dibawa kembali ke zaman tersebut dengan aneka fesyen dan citarasa.

Dunia barat pada masa itu berada dalam tempoh pertumbuhan dan perkembangan pesat selepas tamatnya perang dunia kedua.

Industri automotif turut rancak pada masa itu dengan rekaan kereta yang mendahului zaman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
BMW Garmisch

 

Pada Pameran Kenderaan Geneva 1970 ada sebuah model konsep futuristik yang dikenali sebagai BMW Garmisch. Menariknya, model konsep ini bukan keluaran BMW tetapi daripada studio reka bentuk terkenal iaitu Bertone.

Lebih tepat, kereta konsep ini direka sebagai simbolik hubungan di antara Bertone dan BMW. Kereta ini adalah ilham daripada Nuccio Bertone dan direka oleh Marcello Gandini yang juga bertanggung jawab menguruskan jabatan reka bentuk Bertone pada masa itu.

Selepas Geneva, BMW Garmisch terus hilang dalam lipatan sejarah sehinggalah BMW mengambil keputusan untuk membinanya kembali.

 

BMW Garmisch

 

Idea untuk menghidupkan semula model futuristik pada eranya tercetus selepas Adrian van Hooydonk, Naib Presiden Kanan Reka Bentuk Kumpulan BMW menemui gambar Garmisch yang telah pun lusuh beberapa tahun lalu.

Kisah BMW Garmisch ini memang menarik dan ibarat jejak kasih yang telah lama terpisah.

Kami soroti kisah BMW Garmisch seperti di bawah dan bagaimana ia dibina semula.

  • Marcello Gandini adalah sumber inspirasi kepada hasil kerja Adrian van Hooydonk. Beliau juga menganggap Marcello Gandini sebagai salah seorang pakar dalam bidang reka bentuk kereta.
  • Pembinaan semula BMW Garmisch adalah sebagai tribut buat Marcello Gandini.
  • BMW pada peringkat awal penubuhan lagi mengambil inspirasi dan dipengaruhi oleh reka bentuk dan budaya pembangunan kereta Itali.
  • Di antara projek awal ialah BMW 328 Mille Miglia daripada aluminium ringan yang direka di Carrozzeria Touring pada penghujung 30an sehinggalah BMW M1 dengan reka bentuk membujur oleh Giorgetto Giugiaro.
  • Sama seperti kereta konsep Itali era 60an dan 70an, BMW Garmisch direka sebagai projek bebas bagi menonjolkan kelebihan dan kreativiti Bertone dan simbolik hubungan perniagaan dengan BMW.
BMW Garmisch

 

  • Menurut Marcello Gandini, nama Garmisch merujuk kepada bandar ski yang sangat popular di Itali dan pada masa itu sukan ski sangat popular. 
  • Binaan semula memang rumit dan ia berjaya disiapkan dalam masa beberapa bulan sahaja.
  • Bagi menghasilkan kereta ini BMW Group Design dan jabatan BMW Classic berbekalkan gambar yang terhad dan kebanyakkanya dalam bahasa Inggeris.
  • Projek ini turut dibantu oleh Marcello Gandini melalui ingatan beliau semasa membinanya.
  • Walaupun penghasilan semula menggunakan teknologi model 3D terkini, hasil akhir tetap dibuat oleh pakar seni di Turin sama seperti 50 tahun lalu.
  • Reka bentuk Garmisch yang radikal dipelopori Bertone, Italdesign dan Pininfarina pada era penghujung 60an dan awal 70an
BMW Garmisch

 

Selain kisah BMW Garmisch, Marcello Gandini juga membawa kisah hebat. Beliau yang lahir pada tahun 1938 adalah salah seorang pereka berpengaruh pada kurun ke-20.

Beliau berkhidmat selama 14 tahun sebagai Pengarah Reka Bentuk Bertone di Turin, Itali. Di antara hasil tangan beliau ialah Lancia Stratos Zero atau Alfa Romeo Carabo dan Lamborghini Miura.

Marcello Gandini dan rakan sekerja di Bertone pernah menghasilkan kereta pameran BMW Spicup dan generasi pertama BMW 5 series dan dibawah penyeliaan Paul Bracq, bekas Ketua Pereka BMW.

Sesudah siap, BMW membawa kereta khas ini untuk dipamerkan di majlis Concorso d’Eleganza Villa d’Este pada 24 hingga 26 Mei 2019.

Penulis: Muhammad Md Tajudin