'BMW Elite M Card' untuk pemilik BMW dengan pelbagai keistimewaan

oleh SALINA JALIL|
BMW Malaysia telah mengumumkan 'BMW Elite M Card' buat pemilik kenderaan BMW M Performance. Keistimewaan tersebut adalah menawarkan pelbagai manfaat M-specific yang eksklusif dan kesinabung kepada BMW Privileges Elite Card yang sebelum ini telah dinikmati oleh pemilik-pemilik jentera BMW.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, abjad 'M' adalah paling berkuasa di dunia. Dengan menggabungkan jiwa kami yang mendahagakan prestasi tinggi, maka keistimewaan pemilikan M-specific yang ditawarkan kepada para pemilik BMW M ini sememangnya bertepatan. 

 

Para pemilik kini boleh menikmati pelbagai ganjaran yang disediakan menerusi program keistimewaan ini dengan hanya menjadi sebahagian daripada famili BMW M. 

 

Sejajar dengan pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Malaysia, pemilik BMW Elite M Card dapat menikmati acara-acara ‘M Track’ di peringkat tempatan dan serantau pada harga eksklusif. Pemegang kad ini juga boleh memanfaatkan diskaun tambahan bagi acara ‘BMW Driver Training’ serta barangan ‘BMW lifestyle’.
 

 

 

Pemilik BMW M kini boleh mengakses ke atas semua tawaran yang dinikmati sebelum ini menerusi BMW Privileges Card yang meliputi:

 

•    Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma


•    Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun / 24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’


•    Bantuan Tepi Jalan oleh BMW serta Hotline Kemalangan 


•    Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – ‘BMW White Card’ dan program keahlian ‘BMW Excellence Club’


•    Servis Dalam Talian BMW

 

Di samping itu, anda juga diberi keutamaan bagi janji temu servis dan ‘Reception at the Car’ (RATC) di kesemua outlet BMW M Service serta wakil pengedar BMW M, termasuk diskaun istimewa bagi pengguna setia BMW M serta laman khas untuk anda dalam Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…