Tatkala kebanyakan pemilik BMW 3-Series E30 memilih untuk mengekalkan enjin standard kilang, lain pula pendekatan yang diambil oleh warga Afrika Selatan ini.
Bermula sebagai sebuah model coupe standard yang lusuh dan penuh dengan karat, keseluruhan panel kereta telah dibuka dan dihantar untuk diperbaiki segala kekurangan yang ada.

Dalam proses tersebut, Ace Customs turut mendapati sistem pendawaian turut bermasalah dan mereka membuat keputusan untuk membuang sistem yang asal dan menukarkannya dengan unit baharu.
Apa yang terlindung disebalik hud adalah nadi bentangan V8 1UZ dengan unit pengecas lampau, di mana pihak Ace Customs memasang sistem pengurusan Spitronics bagi membolehkan ia berfungsi dengan cemerlang.

Kit badan lebar yang dipasang pada E30 ini diimport dan dipasang sendiri oleh pihak Ace Customs, dan hasil akhirnya memang lain daripada yang lain.
Selain daripada itu, E30 ini turut didatangkan dengan rim yang diimport khas dari Jepun, sementara sistem brek telah dinaiktaraf.
Video penuh boleh ditonton pada pautan di bawah: