BMW dipandu melulu, penumpang maut tercampak keluar!

oleh Penyumbang Rencana|
Tindakan seorang lelaki memandu dalam keadaan melulu mengakibatkan rakannya maut manakala seorang warga emas cedera dalam kejadian di Kilometer 15 Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dekat Sepang, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki terbabit memandu sebuah kereta jenis BMW sebelum merempuh bahagian belakang Honda CRV dari arah Putrajaya menghala Kuala Lumpur.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian diterima pihaknya menerusi kaunter pertanyaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serdang kira-kira jam 3.05 petang.

"Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun menaiki kereta BMW terbabit yang dipandu rakannya berumur 29 tahun.

"Kenderaan terbabit kemudiannya hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Honda CRV," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pelanggaran mengakibatkan Honda CRV yang dipandu seorang warga emas berumur 71 tahun terbabas ke kiri jalan.

"Kereta dinaiki mangsa pula terbabas di tengah jalan mengakibatkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar.

"Mangsa kemudiannya disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu Honda CRV mengalami kecederaan di bahagian leher," katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Video kemalangan di bawah ini:

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
  M5 Touring digerakkan enjin 4.4 liter V8 biturbo dengan padanan kotak gear automatik M…
Berita Global
  Di kala pengeluar lain sibuk dengan kenderaan elektrik bateri (BEV), Toyota tampil dengan…
Berita Global
  Selain estetika, kit luaran juga memenuhi keperluan dari segi binaan yang ringan dan…