BMW didenda US$10 juta oleh kerajaan Korea Selatan

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaan Korea Selatan telah mengenakan denda kepada sebanyak US$10 juta (RM41.7 juta) kepada Kumpulan BMW atas cara syarikat Jerman itu menangani masalah enjin terbakar di negara berkenaan.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan negara itu berkata awal hari ini selain dari mengenakan denda, pihak kementerian akan merujuk kepada pihak pendakwaraya samada perlu atau tidak BMW dikenakan pertuduhan di mahkamah.

Masalah itu timbul apabila lebih dari 50 kenderaan jenama itu terbakar secara tiba-tiba di sana. Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Pihak kerajaan Korea Selatan pernah mengarahkan agar kereta-kereta yang dikhuatiri boleh terbakar itu tidak dibenarkan dipandu kecuali sudah diperiksa oleh syarikat pembuatnya. 

BMW berkata kebakaran berpunca dari masalah sistem ekzos dan mula memeriksa kenderaan-kenderaan lain untuk risiko yang sama.

Namun begitu panel siasatan oleh kerajaan mendapati BMW cuba untuk menyorok isu tersebut dan mengambil masa terlalu lama untuk memanggil semula 172,000 kenderaan yang terbabit.

Pihak BMW pula berkata ia melakukan kempen panggil semula sebaik sahaja punca kebakaran itu dipastikan. Namun begitu kenyataan dari BMW tidak pula menyebut tuduhan oleh kerajaan Korea Selatan berkaitan syarikat automotif itu cuba menutup masalah itu.

Laporan kementerian menuduh masalah disebabkan oleh rekabentuk yang tidak betul tetapi pihak BMW menidakan alasan tersebut.

BMW ialah jenama import kedua paling popular di Korea Selatan. Tahun lalu, ia menjual hampir 60,000 unit.

Jumlah jualan global kenderaan BMW tahun lalu ialah lebih dari 2 juta unit.

* Laporan asal di CNN.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…