BMW Definition CE 04 - skuter elektrik futuristik untuk kegunaan urban

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada memperkenalkan kereta elektrik, BMW juga turut sama merancang memperkasakan lagi divisyen skuter mereka menerusi pengenalan model konsep yang digelar sebagai Definition CE 04.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penampilan, skuter ini sememangnya mempunyai rekaan yang menyamai Concept Link yang telah diperlihatkan pada tahun 2017.

Menurut ketua unit rekaan BMW Motorrad Alexander Buckan berkata, keputusan untuk menukar dari enjin pembakaran dalaman kepada trenkuasa elektrik membolehkan CE 04 duduk lebih rendah berbanding skuter-skuter lain.

 


Malah tambah beliau beberapa komponen sengaja didedahkan (seperti suspensi dan komponen trenkuasa) untuk menjadikan ia sebahagian daripada rekaan keseluruhan skuter ini.

Selain daripada itu, terdapat ruang storan di antara tempat duduk dan pek bateri yang membolehkan pengguna meletakkan barangan yang besar.

Disebabkan kedudukan pek bateri yang berat duduk di tengah-tengah, ia memberikan skuter ini titik graviti yang lebih rendah.

 


Setakat ini tiada sebarang spesifikasi teknikal didedahkan, namun menurut Buckan skuter ini menawarkan jarak operasi yang cukup baik untuk kegunaan dalam bandar, dan tidak mementingkan keselesaan perjalanan jauh.

Malah dalam lakaran awal, BMW mensasarkan penggunaan skuter ini dikalangan golongan professional seperti pegawai polis, pereka fesyen dan juga angkasawan.

 


Segala informasi penting skuter ini akan dipaparkan menerusi skrin digital bersaiz 10.25 inci, selain menawarkan ciri sambungan kepada peranti pintar yang mampu memaparkan notifikasi seperti mesej baharu dan temujanji akan datang.

BMW turut mengesahkan bahawa skuter CE 04 bakal memasuki produksi tidak lama lagi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp…