BMW dedahkan i Vision Dee pada acara CES, beri bayangan rupa EV 3 Series

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada acara Consumer Electronics Show (CES) yang sedang berlangsung di Las Vegas, BMW telah dedahkan konsep sedan futuristik yang menarik perhatian ramai iaitu i Vision Dee.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dee atau Digital Emotional Experience pada nama model tersebut mencerminkan tujuannya untuk memberikan pemanduan dengan pengalaman emosi digital.

 

rear

 

Model konsep itu mempamerkan kedua-dua reka bentuk dan teknologi yang akan ditemui dalam sedan elektrik BMW pada masa akan datang, termasuk model 3 Series yang akan dibina menggunakan binaan arkitektur Neue Klasse.

Ia juga mungkin akan diperkenalkan dengan nama i3 yang kini digunakan untuk model EV eksklusif 3 Series pasaran China dengan jarak roda lebih lebar.

 

rear

 

Konsep terkini BMW itu menampilkan rupa bentuk berkotak serta beberapa karakteristik BMW diperbaharui seperti jeriji buah pinggang yang tidak terlalu besar, lampu depan berbentuk bulat dan reka bentuk Hofmeister.

Pada bahagian dalam, antara ciri utama yang menarik perhatian ialah rekaan roda stereng dengan jejari menegak di tengah, bersama butang sentuh yang boleh dikendalikan menggunakan ibu jari.

 

interior

 

BMW berkata rekaan kabin model tersebut telah direka sebegitu untuk "memastikan tiada apa-apa yang mengalih perhatian pemandu daripada pengalaman digital dan perasaan baharu keseronokan pemanduan yang dipertingkatkan."

BMW turut melakukan debut dengan inovasi Head-Up Display serba baharu, dimana ia memancarkan keseluruhan paparan pada cermin hadapan. Fungsi tersebut dikatakan bakal digunakan pada platform Neue Klasse mereka menjelang 2025.

 

1

 

i Vision Dee turut didatangkan dengan teknologi E Ink mereka yang terkini, teknologi tersebut pertama kali diperkenalkan pada acara CES 2022 melalui model iX bersama warna hitam dan putih.

Versi terbaru teknologi E Ink pada i Vision Dee itu didatangkan dengan pelbagai warna dan membolehkan warna luaran berubah sepenuhnya melalui konfigurasi secara individu.

 

2

 

Ketua reka bentuk BMW Group, Adrian van Hooydonk berkata, "Dengan BMW i Vision Dee, kami menunjukkan bagaimana kereta itu boleh disepadukan dengan lancar ke dalam kehidupan digital anda dan menjadi rakan yang boleh dipercayai,"

“Kenderaan itu sendiri menjadi portal anda ke dunia digital. Dilaksanakan dengan cara betul, teknologi itu akan mencipta pengalaman yang berfaedah, menjadikan anda pemandu yang lebih baik dan hanya mendekatkan manusia dan mesin.”

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia berkongsi, “BMW Group Malaysia percaya…
Berita Domestik
Program Pensijilan Pakar Voltan Tinggi BMW ini dijalankan di Pusat Latihan Serantau BMW Group…
Berita Domestik
Menerusi kerjasama dengan ChargEV, BMW Group Malaysia menawarkan akses kepada rangkaian pengecasan…