BMW dedah teaser M3 Touring (lagi..)

oleh Mohamad Hanif|
Jentera wagon berprestasi tinggi pertama BMW M3 Touring bakal dilancarkan menjelang musim panas tahun ini.

Setelah beberapa kali teaser rasmi didedahkan, kali ini BMW M memuat naik sebuah video ringkas berjudul ICONIC PACK.

Video terbaharu ini sebenarnya mengiklankan barisan model-model M3 dan M4 dalam pelbagai konfigurasi, sebelum sebuah model wagon M3 Touring muncul pada saat-saat akhir yang masih lagi memakai pelekat samaran.

 


Jentera wagon pantas ini pertama kali diumumkan pada Ogos 2020, sebelum ia menjalani proses pembangunan dan pengujian selama dua tahun.

Difahamkan, BMW M3 Touring ini bakal dilancarkan serentak bersama-sama model 3-Series facelift pertengahan kitaran.

Tidak seperti penawaran M3 standard, BMW dijangka akan menawarkan M3 Touring dalam versi Competitive xDrive, bermakna nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar itu mampu menjana 503 hp dan 650 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi kuasa, M3 Touring standard mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, namun…
MotorGP
Selain daripada BMW M2 CS Racing, BMW M3 Sedan, M4 Coupe, M5 CS, jentera dua roda BMW M 1000 RR dan…
Model Terbaharu
Setelah sekian lama menanti, BMW kini mempunyai sebuah model yang mampu menjadi pesaing rapat…