BMW dedah rekaan belakang M3 Touring 2023

oleh Mohamad Hanif|
Bagi yang sudah pun melihat model 3-Series Touring, anda mungkin senang untuk membayangkan bagaimana rupa sebenar model wagon tersebut dengan elemen daripada BMW M.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tidak perlu menunggu dengan lebih lama, saluran Youtube BMW M baru-baru ini telah memuat naik sebuah video berdurasi hampir lapan minit yang mendedahkan rekaan M3 Touring yang bakal dilancarkan kelak.

Berdasarkan video tersebut, M3 Touring 2023 bakal menampilkan elemen seperti diffuser belakang, empat tip ekzos, serta spoiler belakang baharu yang dihasilkan secara cetakan tiga dimensi.
 

M3 Touring


BMW juga tidak mendedahkan trenkuasa yang bakal dimuatkan, namun angka penggunaan bahan api yang tertera pada bahagian akhir video tersebut mencadangkan M3 Touring hanya ditawarkan dalam versi Competition xDrive, dengan kuasa 503 hp dan 650 Nm, pacuan semua roda dan tiada opsyen transmisi manual.

Video penuh boleh ditonton pada pautan YouTube di bawah:
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Berita Global
Walaupun ditawarkan di beberapa buah negara sahaja di Eropah, permintaan yang tinggi menyebabkan…
Berita Global
Dari segi kuasa, M3 Touring standard mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, namun…