BMW dedah imej acah model konsep i4 - lebih berkuasa berbanding M3 dan M4!

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal seminggu sahaja sebelum tirai acara Geneva Motor Show 2020 dibuka, dan BMW nampaknya telah pun mendedahkan sebuah video acah ringkas model pertama Gran Coupe berkuasa elektrik sepenuhnya, BMW i4.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut pengeluar kenderaan mewah tersebut, BMW i4 bakal membawakan definisi baharu terhadap kecemerlangan dinamik BMW dan menggabungkan elemen rekaan sporty yang elegan dengan praktikaliti sebuah Gran Coupe empat pintu. 

Tiada sebarang informasi lanjut yang didedahkan selain daripada bentuk sebuah sedan dengan garisan bumbung yang melandai di bahagian belakang, dan selari dengan gambar intip yang diperoleh sebelum ini. 

Trenkuasa elektrik sepenuhnya itu membenarkan BMW i4 memecut sepantas empat saat tepat dari 0-100 km/j dengan kelajuan maksima dihadkan kepada 200 km/j sahaja. 

 


Motor elektrik berkuasa 523 kuasa kuda tersebut bakal menerima sumber kuasa daripada pek bateri baharu berkapasiti 80 kWh dengan jarak operasi sejauh 600 kilometer mengikut data kitaran WLTP. 

BMW turut melengkapkan sistem pengecasan yang mampu mengisi sehingga 80 peratus kapasiti bateri dalam masa 35 minit, dan sistem pengecasan pantas enam minit pula mampu memberikan jarak sejauh 100 kilometer. 

Prestasi yang dihamburkan oleh BMW i4 ini dikatakan jauh mengatasi prestasi jentera M3 dan M4 masa kini. 

Menurut naib ketua unit rekaan Adrian van Hooydonk, beliau menyifatkan model konsep BMW i4 sebagai sebuah model BMW sifar emisi yang sempurna.

 

model konsep BMW i4 yang dipamerkan sebelum ini

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ia boleh didapati dalam dua varian, iaitu varian standard i4 eDrive35 serta varian i4 eDrive35 M…
Berita Global
Jelas sekali, model M EV Concept ini dibangun menggunakan asas daripada sedan i4 M50, namun tampil…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…