BMW dedah imej acah iNext - 700 km jarak perjalanan dengan sekali cas penuh!

oleh Mohamad Hanif|
BMW memberikan sedikit idea berkenaan rekaan kereta elektrik (EV) yang bakal dilancarkan menjelang tahun 2021 melalui imej acah yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan pemerhatian kasar, reka bentuk iNext itu lebih cenderung kepada bentuk sebuah SUV berbanding kereta sedan. 

 


Rekaan iNext tersebut dikatakan mengambil inspirasi daripada konsep rekaan BMW i Vision Dynamics yang membayangkan rekaan kenderaan elektrik masa hadapan keluaran BMW. 

Info awal menyebut iNext dikatakan mempunyai jarak pengoperasian sejauh 700 km dengan sekali pengecasan penuh dan mempunyai pemanduan autonomi tahap ketiga mengikut piawaian SAE. 

Pihak BMW menjangkakan proses naik taraf kepada tahap keempat pemanduan autonomi pada masa setahun selepas pelancaran rasmi iNext. 
 

BMW kini sedang memperluaskan penawaran varian berkuasa elektrik ke atas barisan model sedia ada. 

Menjelang tahun 2025, BMW mensasarkan lebih 25 buah model terdiri daripada kenderaan hibrid dengan separuh daripadanya dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya. 

Sumber: MotorTrend

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…