BMW dedah Concept XM dengan gril bercahaya yang besar!

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang tarikh pendedahan pada 29 November ini, laman Facebook BMW M telah mendedahkan sebuah gambar acah yang menggambarkan rupa SUV pantas berkuasa hibrid elektrik Concept XM.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun gambar tersebut sengaja digelapkan, ia memperlihatkan beberapa elemen penting seperti contoh gril utama beriluminasi yang agak besar, unit lampu LED yang nipis, serta kehadiran unit lampu tambahan pada bahagian bumbung SUV tersebut.

Malah, menurut keterangan di laman tersebut, BMW M mendakwa model Concept XM ini membawakan ekspresi yang paling berani sepanjang 50 tahun sejarah penubuhan jenama tersebut.

Beberapa laporan intipan yang terdahulu mencadangkan BMW XM membawakan dimensi sebesar BMW X7, namun dengan penggayaan yang lebih sporti.

Tiada sebarang butiran berhubung unit trenkuasa, namun Concept XM dilaporkan akan menjadi kenderaan produksi yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh BMW, di mana unit trenkuasa plug-in hybrid menggandingkan enjin V8 turbo berkembar, motor elektrik dan angka output melebihi 750 hp.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut BMW, Concept XM bakal menjadi asas kepada versi produksi yang akan dihasilkan menjelang…