BMW dakwa ramai mahukan gril besar

oleh HEZERI SAMSURI|
Teruk dikutuk sejak model BMW Concept 4 dipertontonkan dengan gril sebesar tanah sawah 12 relung itu, BMW akhirnya menjawab kritikan-kritikan dengan kenyataan terbaharu mereka.

Menurut syarikat dari Munich itu, gril besar itu adalah dari kehendak pembeli BMW yang mahukan sesuatu yang lebih berani.

Peter Henrich, ketua produk BMW, gril itu adalah penting untuk jenama itu berjaya.

"Pelanggan BMW mahukan satu karektor yang lebih kuat. Mereka memang tercari-cari elemen itu dan kami di BMW mengambil keputusan untuk memberikan fokus kepada rekabentuk yang lebih agresif dan berani," ujar Henrich.

 

 

"Bila SUV X7 dipamerkan kepada dunia, orang ramai terus memberi pendapat tentang gril BMW yang besar itu tetapi pelanggan-pelanggan kami tidak begitu. Buktinya, X7 habis terjual dan ramai yang sukakannya," tambah Henrich yang mempertahankan rekabentuk hasil usaha pasukan designer diketuai oleh Adrian van Hooydonk.

Nampaknya secara halus, Henrich berkata mereka yang mengutuk gril besar BMW baharu itu bukannya pelanggan sasaran jenama itu dan mereka yang mampu membelinya menghargai rekabentuk tersebut.

Pada pendapat Careta, jika ia habis terjual, maknanya rekabentuk itu berjaya. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketua divisyen M, Frank van Meel, sebelum ini mengakui bahawa dari sudut kejuruteraan, transmisi…
Berita Global
Dalam satu video rasmi pembangunan EV tersebut, BMW secara ‘senyap-senyap’ menayangkan teaser bagi…
Berita Global
Keputusan ini dibuat oleh syarikat induknya, KOHL Group, selepas mendapati model perniagaan…