BMW ConnectedDrive Store; 10 ciri tambahan dengan percubaan percuma dan yuran langganan bermula RM40 sebulan

oleh SALINA JALIL|
BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baru melalui BMW ConnectedDrive Store sepertimana yang terdapat di laman rasmi mereka.

Terdapat beberapa ciri-ciri tambahan yang diperkenalkan untuk membenarkan pemilik mengaktifkan ciri tersebut pada kenderaan mereka, selagi kenderaan tersebut mempunyai perkakasan yang berkenaan dengannya pada kos yang bermula dari RM40.


Selain daripada itu, jika kenderaan tersebut tidak mempunyai fungsi untuk langganan ini, pemilik perlu membayar yuran untuk Apple CarPlay (sekali sahaja).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Terdapat sepuluh servis yang diletakkan dalam senarai ConnectedDrive Store pasaran Malaysia, dengan ada di antaranya tertulis “trial now“, untuk membenarkan pemilik mencuba terlebih dahulu ciri tersebut sebelum membuat keputusan untuk membayar yuran langganan atau bayaran penuh untuknya.

 

Servis yang tidak mempunyai pilihan “trial now” ini adalah seperti suspensi Adaptive M di mana pemilik perlu membuat bayaran penuh RM1,880.

 

Apple CarPlay Preparation masih lagi ada dalam senarai dan ditawarkan pada harga RM1,299 untuk akses tanpa had, manakala IconicSounds Sport untuk kenderaan elektrik BMW yang mempunyai IconicSounds Electric ditawarkan pada harga RM640 untuk pembayaran sekali sahaja.

 

Satu lagi servis yang tidak mempunyai tanda “trial now” adalah USB Map Update, ia dijual pada harga RM269 setahun.

 

trial

 

Pemilik disaran mencuba terlebih dahulu untuk servis yang mempunyai tanda “trial now“, antara yang ditawarkan adalah BMW Drive Recorder, di mana ia dapat menggunakan kamera sedia ada pada kenderaan untuk merekodkan keadaan sekeliling.

 

Bayarannya adalah RM55 sebulan, RM235 setahun, RM549 tiga tahun atau RM1,239 tanpa had – tempoh cubaan satu bulan tidak memerlukan sebarang bayaran.

 

Begitu juga dengan Driving Assistant Plus, di mana tempoh percubaan adalah selama tiga bulan dan tidak memerlukan sebarang bayaran. Sekiranya hendak melanggannya, pemilik boleh membayar RM170 untuk sebulan, RM1,690 untuk satu tahun, RM2,640 untuk tiga tahun dan RM3,750 untuk akses tanpa had.

 

Servis lain yang ditawarkan adalah termasuk:-

  • pemanas tempat duduk hadapan (tempoh cubaan percuma satu bulan, RM80 sebulan, RM780 setahun, RM1,230 tiga tahun, RM1,750 tanpa had)
  • pembantu lampu tinggi (tempoh cubaan percuma satu bulan, RM40 sebulan, RM370 setahun, RM550 tiga tahun, RM800 tanpa had)
  • pemanas roda stereng (tempoh cubaan percuma satu bulan, RM50 sebulan, RM410 setahun, RM690 tiga tahun, RM950 tanpa had).

 

Untuk maklumat lanjut anda disarankan ke laman ini -  https://www.bmw.com.my/en/shop/ls/cp/connected-drive

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…