BMW Concept Touring Coupé - Z4 Roadster versi shooting brake

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW telah memperkenalkan binaan one off, iaitu model Concept Touring Coupé, yang baru ditampilkan pada acara di Concorso d'Eleganza Villa d'Este.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep tersebut diinspirasikan dari model 328 Touring Coupe 1940 dan 02 Series dari tahun 70-an.

 

2

 

Namun persamaan dilihat lebih dekat kepada model BMW Z3 Coupe pada akhir tahun 90-an dan penggantinya, Z4 Coupe pada awal 2000-an, atau dikenali sebagai 'kasut badut'.

Model Concept Touring Coupé diasaskan dari model Z4 Roadster generasi ketiga, dimana ia menggantikan bumbung fabrik roadster dengan bumbung gaya shooting brake.

 

3

 

Selain bumbung gaya shooting brake, bahagian luaran konsep tersebut didatangkan dengan warna Sparkling Lario, bersama kemasan berwarna perak-gangsa.

Ia turut dilengkapi dengan rekaan jeriji buah pinggang yang unik, bersama rim rekaan khas bersaiz 20 inci di depan dan 21 inci di belakang.

 

4

 

Pada bahagian dalaman, BMW telah bekerjasama dengan syarikat kulit Itali, Poltrona Frau, untuk menghasilkan ruang dalaman yang menarik, diserlahkan dengan gabungan rona dark brown dan saddle brown.

Dari segi kuasa, BMW tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai nadi yang dipasang pada model konsep tersebut.

 

5

 

Namun model asasnya, iaitu BMW Z4 dikuasakan dengan pilihan enjin B48 2.0 liter 4 silinder sebaris turbo (255 HP), dan enjin B58 3.0 liter 6 silinder sebaris turbo (382 HP).

Sayang sekali, Z4 shooting brake itu merupakan binaan one off sahaja, ini bermakna tiada sebarang perancangan untuk produksi model tersebut.