BMW Concept R18 - tanda Jerman sudah menjengah pasaran cruiser kustom

oleh HEZERI SAMSURI|
Setelah puas menghasilkan model-model adventure, touring dan skuter-skuter maxi modern, BMW Motorrad akhirnya menunjukan bahawa ia sememangnya ada perancangan untuk "mengganggu" pasaran cruiser kustom yang diterajui oleh jenama-jenama Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Concept R18 rear low

 

Model konsep BMW Concept R18 itu dilancarkan di acara tahunan Concorso d'Eleganza Villa d'Este di Tasik Como tiga hari lalu oleh ketua BMW Motorrad, Dr. Markus Schramm.

"Dengan motosikal idaman ini, kami mempersembahkan sebuah versi BMW Motorrad yang tulen dan penuh dengan emosi kepada pasaran segmen cruiser," jelasnya.

 

 

Enjin dua-silinder boxer 1,800 cc serba baharu itu menjadi nadi utama kepada rekabentuk nostalgia ini.

Dari segi luaran, ia kelihatan seperti enjin-enjin yang pernah dibina oleh BMW Motorrad pada hujung era 1960-an, tetapi dengan kapasiti enjin yang jauh lebih besar dan dengan sistem penyejukan udara/cecair yang lebih modern.

 

Concept R18 engine

 

Enjin prototaip itu diperhalusi dengan blok dan penutup transmisi dari aluminium "glass bead-blasted".

Penutup talisawat dan injap juga menggunakan komponen aluminium yang digilap dengan tangan.

Kerana ia sebuah konsep, BMW memilih untuk menggunakan dua karburetor jenama Solex untuk mengimbau kembali zaman-zaman awal BMW Motorrad dan juga untuk memberikan efek "klasik tulen".

 

 

Juga menarik perhatian Careta ialah aci pacuan (drive shaft) bersadur krom yang disambung terus ke roda belakang.

Ia tidak ditutup dan nampak "raw", menambahkan lagi efek "clean" agar hanya mutu kejuruteraan yang ditampilkan secara optimum.

Sistem elektrik juga menerima efek yang sama, dan kerana itu ia hanya dilen gkapi dengan motor penghidup serta lampu-lampu. Tidak ada wayar atau kabel berselirat.

"Clean and neat".

 

 

Kerangka besi bertiub (tubular frame) menjadi tunggak utama yang memegang kesemua komponen Concept R18. Tangki bahan api bentuk titisan air mata (tear-drop shaped) menguatkan elemen cruiser motosikal istimewa ini. 

Warna hitam pada tangki itu dihiasi dengan garisan pin-stripe putih yang halus mengelilingi warna metalik kelabu/hijau dengan logo BMW itu pula membawa nilai-nilai klasik jenama tersebut.

Sistem gantungan monoshock belakang tidak nampak modern, dan penyerap hentak disorok dengan kemas di bawah pelana ala "saddle" kuda itu.

 

 

Roda hadapan 21 inci dan belakang 18-inci pula memberikan gaya tegap untuk Concept R18 itu, dan menjadikan ia kelihatan lebih sporty dari bahagian sisi. Seperti dijangka, tayar ialah dari jenama Metzeler, sama seperti pada zaman 60-an dahulu.

Ekzos pula membawa nilai-nilai kemodenan, dengan bentuk ala sirip di bahagian hujungnya.

Tidak ada langsung meter atau lampu isyarat dipasang, kerana ia tidak perlu bagi sebuah model konsep.

 

 

Lampu hadapan pula mempunyai garisan LED berbentuk U, juga berfungsi untuk mengingatkan anda ia adalah sebuah motosikal modern.

Berapakah harganya? 

Ia hanya akan terjawab apabila BMW Motorrad bercadang untuk menghasilkannya bagi pasaran dunia.

Dan jika anda mahu ia dibina, sila nyatakan pendapat anda di ruang komen di dalam Facebook kami kerana BMW Motorrad Malaysia mahu melihatnya! 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…