Baca: BMW CE 04 2022
BMW Concept CE 02 merupakan interprestasi baharu terhadap mobiliti urban pintar, di mana ia membawakan dimensi yang jauh lebih kecil dan direka untuk golongan muda seawal usia 16 tahun yang tidak pernah membawa motosikal sebelum ini.

Antara ciri menarik yang dimuatkan pada model konsep skuter elektrik ini adalah cangkuk meletak papan selaju, rekaan grafik yang ranggi, sistem pencahayaan LED serta skrin paparan kluster digital yang serba minimalis.
Reka bentuk pelana yang rata itu membolehkan penunggang untuk mencapai beberapa postur tunggangan yang berbeza, serta mampu memuatkan dua orang pada satu-satu masa.

Direka untuk kegunaan urban, Concept CE 02 didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang menghasilkan 15 hp, berat sekitar 120 kg dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 90 km/j.
Kapasiti pek bateri tidak dinyatakan, namun menurut BMW ia sudah cukup untuk menawarkan jarak tunggangan sehingga 90 km untuk sekali cas penuh.