BMW CE 04 2022 - 42 hp/60 Nm, mula dijual tahun depan, harga dari RM49,221

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lalu, BMW memperlihatkan sebuah model skuter konsep yang digelar sebagai Definition CE 04 - sebuah skuter elektrik dengan rekaan yang agak futuristik untuk kegunaan urban.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, versi produksi BMW CE 04 telah didedahkan secara rasmi dalam bentuk produksi sebenar dan dijadualkan bakal memasuki pasaran menjelang suku pertama tahun hadapan.

Dari segi rekaan, ia tidak menampilkan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan skuter konsep yang diperlihatkan tahun lalu.

 

 

BMW CE 04 ini didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang berupaya menghasilkan 42 kuasa kuda dan 60 Nm.

Pecutan 0-48 km/j hanya mengambil masa sekitar 2.6 saat, sementara pecutan 0-100 km/j pula adalah sekitar 9.2 saat.

Kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 120 km/j sahaja, cukup sesuai untuk sebuah skuter kegunaan urban.

 


Pek bateri adalah berkapasiti 8.9 kWh yang membolehkan skuter ini bergerak sejauh 128.7 km untuk sekali cas penuh, dan ia dibantu dengan sistem penyejukan udara untuk mengekalkan suhu operasi bateri di tahap optimum.

Sistem pengecasan pula menyokong sehingga kelajuan Level 2, namun dengan kabel pengecasan opsyen 6.9 kW, masa pengecasan adalah sekitar 1 jam 40 minit dari sifar hingga 100 peratus, atau 45 minit dari 20 hingga 80 peratus.

Aspek pengendalian BMW CE 04 ini dibantu dengan beberapa mod tunggangan yang membawakan ciri pemulihan tenaga yang berbeza, serta bantuan keselamatan seperti ABS, kawalan gelinciran ASC, serta ciri opsyen Dynamic Traction Control dan ABS Pro.

 


Segala informasi penting dipaparkan menerusi skrin HD bersaiz 10.25 inci yang turut menyokong sistem navigasi dan sambungan peranti pintar.

BMW CE 04 turut ditawarkan dengan pakej Premium yang menambah opsyen DTC dan ABS Pro, sistem lampu utama LED adaptif, tempat duduk dengan pemanas terbina, dan tambahan mod Dynamic yang menawarkan pengalaman pecutan yang lebih baik.

 


Harga jualan BMW CE 04 bermula dari $11,795 (RM49,221).

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Skuter berkuasakan elektrik oleh BMW Motorrad itu memuatkan teknologi-teknologi yang tercanggih…
Pelancaran
Ia membawakan rekaan masa depan yang futuristik yang dihasilkan untuk kegunaan dalam bandar, profil…
Berita Global
Skuter CE-04 tersebut dilengkapi dengan liveri Police, lampu isyarat LED, lampu isyarat berputar…