BMW C 400 X - Skuter premium dari BMW

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum ini BMW Motorrad telah melancarkan dua motosikal yang telah menarik perhatian ramai iaitu BMW G 310 R dan G 310 GS. Kedua-dua model naked dan kembara itu adalah tawaran pertama BMW Motorrad dalam segmen motosikal berkuasa sederhana.

Dan sebelum itu lagi BMW Motorrad telah melancarkan skuter premium BMW C 600 Sport dan BMW C 650 GT pada tahun 2011.

Jika G 310 R dan G 310 GS mewakili langkah BMW Motorrad ke dalam motosikal berkuasa sederhana, BMW C 400 X ini pula langkah jenama Jerman itu dalam segmen skuter maxi dengan kuasa sederhana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Skuter ini disasarkan untuk penunggang di dalam kota bagi mengharungi kesesakan dan juga suntikan untuk menjadikannya sebuah motosikal menyeronokkan.

BMW C 400 X dikuasakan enjin satu silinder 350 cc dengan output 34 hp (25 kW) yang dipadankan bersama transmisi CVT. Skuter maxi ini dilengkapi teknologi canggih seperti Kawalan Penstabilan Automatik (ASC) bagi memastikan keselamatan semasa pecutan terutama pada permukaan licin.

 

Berikut ialah ciri-ciri utama pada skuter ini:

  • Enjinn satu silinder 350 cc dengan transmisi CVT
  • Kuasa 25 kW (34 hp) pada 7,500 rpm dan 35 Nm pada 6,000 rpm
  • Suntikan bahan api elektronik, kawalan enjin digital dan Kawalan Penstabilan Automatik (ASC)
  • Rangka dari keluli tiub (tubular steel frame)
  • Fork teleskopik di depan dan dua suspensi belakang
  • Dua brek cakera depan dan brek cakera tunggal di belakang (Sistem ABS standard)
  • Roda 15 inci
  • Lampu pencahayaan LED standard
  • Paparan pelbagai fungsi dengan skrin TFT warna penuh 6.5-inci - aksesori tambahan
  • Dua ruang penyimpanan dan Flexcase

 

 

Skuter BMW C 400 X didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Zenith Blue Metallic dan Alpine White bukan metalik. Kerusi tempat duduk tunggal pula diberi dua warna pilihan sama ada kelabu-hitam atau merah-hitam.

Tentang harga pula, BMW Motorrad mahu pun media antarabangsa tidak memberikan indikator tentang skuter ini. BMW C 400 X sebenarnya baru sahaja didedahkan pada umum di Pameran Motosikal Milan (EICMA) pada minggu pertama bulan ini.

Sebagai perbandingan di pasaran Malaysia, Suzuki Burgman 400 ABS dipasarkan pada harga RM 47,700 manakala Kawasaki J300 sekitar RM 32,000 dan Honda NSS 300 pula sekitar RM 31,000.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…