BMW buka hab alatganti untuk rantau Asia Pasifik di Senai

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kumpulan BMW Malaysia hari ini membuka Pusat Pengedaran Alatganti Serantau mereka di Zon Industri Bebas di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru.

Terletak di atas kawasan seluas 775,000 kaki persegi dan melibatkan pelaburan bernilai lebih dari RM130 juta, pusat itu adalah antara yang terbesar di Asia Pasifik dan akan dimanfaatkan oleh 23 buah negara sebagai gudang logitik dan pusat pengedaran bagi alatganti, komponen serta barangan gaya hidup (lifestyle) bagi BMW, Mini dan BMW Motorrad.

Senai ialah antara tiga hab alatganti BMW di dunia yang mampu menawarkan perkhidmatan kepada lebih dari 20 negara. Dua hab lain itu berada di Jerman dan New Jersey (US).

Datuk Azman Mahmud of MIDA

Menurut Datuk Azman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Malaysia (MIDA), pembukaan hab ini membuktikan komitmen Kumpulan BMW kepada negara dan juga membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Hab serantau ini akan menggunakan 55 syarikat penyedia perkhidmatan tempatan atau “service providers” dengan jumlah kontrak tahunan bernilai lebih dari RM25 juta,” terang Azman.

“Dari jumlah itu, 20 syarikat terpilih adalah dari syarikat logistik tempatan.”

Azman turut berharap agar pemindahan teknologi ini akan memantapkan lagi tenaga mahir tempatan. Sebanyak 120 pekerjaan akan ditawarkan kepada penduduk setempat.

aerial view of the hub

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan Kumpulan BMW Malaysia, Han Sang Yun pula berkata selepas 14 tahun beroperasi di Malaysia, BMW menunjukan pertumbuhan yang baik di dalam semua aspek.

“Peningkatan jualan sebanyak 16 peratus pada tahun lalu membuktikan kematangan produk-produk kami, terutama model-model “plug-in hybrid” yang mendapat sambutan luar biasa dari pasaran domestik,” ujar Han.

BMW juga menandatangani memorandum usahama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk membangunkan kursus-kursus logistik dan pengurusan rantaian bekalan (supply chain management). BMW juga akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama tenaga pengajar UTM serta menawarkan peluang sesi latihan praktikal.

Rack system

Siap sepenuhnya pada Disember 2016, pusat ini adalah fasa pertama di dalam pembinaan kemudahan untuk BMW di rantau ini.

Pusat ini akan membekalkan barangan BMW ke Malaysia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Indonesiam Taiwan, Hong Kong, Macau, Filipina, Brunei, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Mongolia, Sri Lanka, Tahiti, New Caledonia, Fiji dan Guam.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…