BMW buka fasiliti pengecasan BMW i di Bangsar

oleh Mohamad Hanif|

BMW Group Malaysia telah melancarkan pembukaan enam fasiliti pengecasan BMW i yang terletak di Bangsar Shopping Centre. 

Ia merupakan susulan kepada pelancaran beberapa buah fasiliti pengecasan BMW i di Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka, The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Iconic Hotel di Pulau Pinang dan WEIL Hotel di Ipoh. 

Portfolio Mobiliti Bervisi BMW Group Malaysia didukung oleh platform ChargEV menerusi usahasama dengan GreenTech Malaysia. 

Perkhidmatan BMW ChargeNow ditawarkan menerusi program BMW 360o ELECTRIC turut memberikan akses kepada fasiliti pengecasan rakan kongsi, membolehkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24 jam seminggu bagi kesemua lokasi pengecasan ChargEV di seluruh negara. 
 


Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl , tahun 2018 mencatatkan peningkatan kadar jualan sebanyak 13%, dengan 14,338 unit kenderaan berjaya diserahkan kepada pelanggan. 

Daripada jumlah tersebut, 57% daripadanya adalah kenderaan plug-in hybrid (PHEV) bagi kedua-dua jenama BMW dan MINI. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau akan berada di bawah pengurusan rakannya, Luc Donckerwolke, Ketua Pegawai Rekabentuk untuk…
Berita Domestik
    Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, abjad 'M' adalah paling berkuasa…
Berita Domestik
Rapid KL akan mengadakan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point,…