BMW buat model X2 dengan gril terbalik

oleh ONNY IZWAN|
Buat pertama kali, BMW mengemukakan bentuk gril ginjal yang berbeza dengan model-modelnya sebelum ini pada model terbaharunya iaitu X2, model barisan X yang terkini. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

X2 menjadi tambahan pada barisan model jenis “crossover” BMW yang sebelum ini termasuk X1, X4, X5 dan X6. 

 

X2-1

 

X2 akan diumumkan dikhalayak ramai pada pertunjukan permotoran Los Angeles pada bulan November nanti dan akan mula dijual (dipasaran UK) pada bulan March 2018. 

 

X2-2

X2-3

Tahun 2018 juga akan menjadi tahun dinama model X7, iaitu model tertinggi dalam barisan X akan dilancarkan. 

X2-4

X2-5

X2 diasas pada platform BMW yang dipanggil UKL, iaitu platform sama yang dipakai pada 2 Series Active Tourer dan Gran Tourer, serta beberapa model Mini. Ia juga akan menjadi platform asas model generasi ketiga 1 Series baharu nanti. 

X2-6

X2-7

Ia dihasilkan untuk menarik perhatian pembeli berumur lebih muda dari portfolio pembeli-pembeli BMW sebelum ini. 

X2-8

X2-9

X2-10

Menampilkan rekabentuk yang tidak jauh berbeza dari model konsep Concept X2 yang dipamerkan di pertunjukkan permotoran Paris tahun lalu, X2 ini menunjukkan gril ginjal yang terbalik, suatu ciri rekaan yang belum pernah kita lihat dari BMW. 

X2-11

Nisbah bahagian tingkap ke badan kereta juga lebih kecil dari yang biasa kita lihat pada model SUV sebelum ini, memberikan penampilan yang lebih sporty. 

X2-12

 

Juga baharu dari BMW ialah pilihan 3 varian, iaitu Basic, M Sport dan M Sport X, setiap satu memberi keunikan tersendiri.

X2-13

Ruang dalam X2 berkongsi banyak ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang terdapat pada ruang dalam model X1, seperti instrumen gelap dan stereng pelbagai fungsi, serta opsyen panel iDrive dan skrin paparan head-up display.

 

Ia mampu mengisi 5 penumpang dengan kerusi belakang boleh dilipat dengan pembahagian atur susun 40/20/40. Kapasiti but ialah sebanyak 470 liter, 35 liter lebih kecil dari but X1. 

X2-14

 

Enjin yang digunakan ialah 2.0-liter 4 silinder turbo berkuasa 187 bhp (juga terdapat enjin diesel xDrive20d tetapi dengan tork yang lebih tinggi) dan jenis diesel xDrive25d berkuasa 228 bhp dan 450 Nm tork. 

 

xDrive25d boleh memecut ke 100 kmsj dalam masa 6.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 236 kmsj. 

 

Plilhan kotak gear ialah klac berkembar 7 kelajuan dan 8 kelajuan automatik. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…