BMW beri amaran kekurangan mikrocip dalam keadaan kritikal

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW Jerman telah mengeluarkan amaran bahawa stok mikrocip yang semakin kritikal akan menyebabkan pengurangan penghasilan kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat kereta mewah itu juga menyatakan keadaan stok mikrocip sekarang masih tidak menunjukan sebarang perubahan dan stok kenderaan untuk dijual juga akan terus terbatas untuk separuh kedua tahun ini.

Menurut laporan Reuters, BMW ada menghentikan produksi kilang mereka tetapi atas dasar harian atau mengikut shif pekerja.

"Tahun ini kerugian pengeluaran sebanyak 30,000 unit berlaku kerana kekurangan stok mikrocip," ujar Milan Nedeljkovic, salah seorang ahli pengarah BMW yang bertanggung jawab di atas pengeluaran kenderaan syarikat itu.

Dalam masa yang sama, BMW mahu meningkatkan lagi pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang Dingolfing mereka.

Kilang tersebut telah menghasilkan lebih dari 18,000 unit EV tahun lepas, cuma 8 peratus dari jumlah pengeluaran keseluruhan.

BMW mahu angka itu meningkat kepada 16 peratus tahun ini dan 50 peratus pada pertengahan dekad.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…