BMW bakal jual i7 kalis peluru

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah syarikat automotif yang telah berpengalaman menawarkan kereta berperisai sejak tahun 1978 lagi, tidak menghairankan apabila BMW mahu meneruskan tradisi tersebut di dalam era kenderaan elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut pengerusinya, Oliver Zipse berkata, BMW akan menawarkan sebuah kenderaan elektrik dengan tahap keselamatan yang paling tinggi buat pertama kali menerusi model BMW i7.

Sebagai info, BMW i7 merupakan sebuah sedan elektrik dengan trenkuasa motor elektrik berkembar (dan sistem pacuan semua roda) yang mampu menjana kuasa setinggi 546 hp dan 744 Nm, di mana pecutan 0-96 km/j mengambil masa 4.5 saat dan jarak operasi sejauh 483 km mengikut data EPA.
 

BMW i7


Adalah menarik untuk kita lihat bagaimana penambahan segala macam kelengkapan perlindungan dan perisai mampu memberikan kesan kepada pecutan dan jarak operasi.

Ini kerana kebanyakan kereta berperisai seperti yang pernah Careta siarkan sebelum ini rata-ratanya mempunyai angka berat badan yang jauh lebih tinggi berbanding model standard.
 

x5


Beberapa tahun sebelum ini, BMW telah memperkenalkan X5 Protection VR6 yang dilengkapi dengan perlindungan menyeluruh termasuk penggunaan kaca kalis peluru setebal 33 mm.

Menurut BMW, model X5 tersebut mampu bertahan di bawah serangan raifal AK-47, letupan TNT seberat 15 kg dari jarak empat meter, serta serangan bom tangan dan letupan C4 sehingga 200 gram.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki itu memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…