BMW arah panggil balik 337,000 kereta seluruh dunia kerana risiko kebakaran

oleh Penyumbang Rencana|
Pengeluar kereta Jerman, BMW mesti memanggil balik lebih 330,000 kereta keluarannya di seluruh dunia kerana kebimbangan risiko kebakaran, kata pihak berkuasa kawal selia pengangkutan, KBA pada Jumaat.

Arahan panggilan semula itu adalah yang kedua untuk BMW dalam tempoh kurang sebulan.

“Kira-kira 337,000 kereta dengan  29,000 daripadanya di Jerman serta meliputi lima model berbeza berpotensi terjejas oleh isu keselamatan ini yang melibatkan kesilapan pendawaian papan pemuka,”  kata KBA.

Panggilan semula  itu melibatkan model i5, 5, M5, i7 dan 7 yang dihasilkan antara Jun 2022 hingga  Disember 2025, kata KBA dalam notis di laman webnya.

Setakat ini, tiada kemalangan dilaporkan berkaitan risiko keselamatan  tersebut, tambahnya.

Ketika dihubungi   AFP, seorang jurucakap BMW mengesahkan angka panggilan balik di Jerman tetapi tidak dapat mengesahkan jumlah antarabangsa yang disiarkan KBA.

Awal bulan ini, BMW berkata, pihaknya  akan memanggil semula ratusan ribu kereta di seluruh dunia kerana potensi risiko ‘starter’ enjin mencetuskan kebakaran.

Pada akhir 2024, BMW memanggil balik 1.5 juta kenderaan kerana masalah sistem brek.

AFP/NST

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketua divisyen M, Frank van Meel, sebelum ini mengakui bahawa dari sudut kejuruteraan, transmisi…
Berita Global
Dalam satu video rasmi pembangunan EV tersebut, BMW secara ‘senyap-senyap’ menayangkan teaser bagi…
Berita Global
Keputusan ini dibuat oleh syarikat induknya, KOHL Group, selepas mendapati model perniagaan…