BMW 740Le xDrive M Sport rasmi dilancarkan - bermula dari RM591,503

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi sedan 7 Series pemasangan tempatan (CKD) yang hadir dalam penawaran varian tunggal, 740Le xDrive M Sport.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi kuasa, BMW 740Le xDrive M Sport ini hadir dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang menghasilkan 286 kuasa kuda dan daya kilas 450 Nm yang masuk penuh antara julat 1,550 rpm-3,500 rpm.

Ia dibantu dengan motor elektrik yang mampu menjana 113 kuasa kuda dan 265 Nm, menjadikan output keseluruhan 394 hp dan 600 Nm, yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.1 saat.

 


Dengan gandingan sistem transmisi automatik Steptronic lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive, BMW 740Le xDrive ini mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 2.8 liter untuk setiap 100 km.

Antara kelengkapan yang hadir pada BMW 740Le xDrive M Sport ini adalah lampu utama BMW Laser Light, pakej aerodynamik M Sport, pakej Shadow Line dengan kemasan berkilat menampilkan profil sedan mewah ini, diikuti dengan pemasangan rim aloi M bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar jenis run-flat.

Sistem pemberhentian pula menggunakan brek M Sport.

 


Sementara bahagian dalaman pula menampilkan trim 'Fineline' Fine Wood berwarna hitam dengan efek logam berkilau, headliner BMW Individual Alcantara Anthracite, roda stereng M Sport, tempat duduk 'Comfort' dengan larasan elektrok dan fungsi memori, serta sistem kawalan iklim empat zon.

Segala informasi boleh diakses menerusi BMW Live Cockpit Professional yang terdiri daripada paparan digital bersaiz 12.3 inci, BMW Navigation System Professional bersaiz 10.25 inci, kawalan gestur, dan paparan head-up, sementara penumpang belakang juga didatangkan dengan Entertainmen Professional yang terdiri daripada skrin sentuh bersaiz 10 inci.

Keselesaan penumpang belakang diteruskan lagi dengan kehadiran tirai gulung pada tingkap, serta fungsi tutupan pintu jenis soft-close.

 


Sebagai sedan premium, BMW 740Le xDrive M Sport ini turut hadir dengan bantuan keselamatan seperti Driving Assistant Professional, Parking Assistant Plus, Connected Package Professional, serta ciri moden lain seperti slot pengecasan tanpa wayar, BMW Display Key, dan sistem bunyi keliling Harman Kardon dengan 16 pembesar suara.

Terdapat empat warna yang ditawarkan termasuklah Mineral White, Carbon Black Metallic, Donington Grey, dan Bernina Grey dengan efek Amber, diikuti upholsteri kulit Nappa dengan sulaman hitam atau Cognac.

 


Harga jualan bermula dari RM591,503.05 atau bulanan serendah RM6,558.00 dengan menggunakan Balloon Financing Plan berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lima calon terbaik bagi setiap kategori telah disambut dengan khidmat pemandu dalam sedan hibrid…
Berita Domestik
Tidak kurang juga yang sudah pun mula menjalankan kajian untuk mendapatkan kereta baharu. Usah…