BMW memang popular dengan rekabentuk hadapan dengan lubang hidung yang menjadi pojaan itu tetapi tahukah anda model BMW yang pertama dengan binaan kerangka monocqoue langsung tidak ada menyerupai bentuk BMW sekarang?
Ini ialah BMW LS atau lebih dikenali sebagai BMW 700. Dengan enjin 697 cc flat-twin dan transmisi 4-kelajuan manual, ia datang dalam bentuk sedan dua pintu, coupe dua pintu dan convertible dua pintu.
Sebanyak 188,000 di jual sejak dipekenalkan dalam tahun 1959 dan unit terakhir dijual pada November 1965.
BMW terus meninggalkan era model kenderaan ekonomi ini dan terus kepada segmen premium.
Dan berlubang hidung.