BMW 7-Series akan hadir dengan opsyen elektrik sepenuhnya menjelang 2022

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keenam sedan BMW 7-Series (kod generasi G11/G12) telah pun berada di pasaran semenjak tahun 2015 dan untuk generasi berikutnya, ia bakal menerima varian elektrik sepenuhnya.

Menurut kenyataan daripada BMW, jenama mewah tersebut telah mengesahkan bahawa sedan bersaiz penuh itu akan ditawarkan dalam varian elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2022.

Ia sekaligus memberikan saingan secara terus kepada model yang akan dilancarkan tidak lama lagi, iaitu Jaguar XJ yang turut bertukar kepada trenkuasa elektrik sepenuhnya.

Dari segi trenkuasa, BMW 7-Series generasi baharu ini akan dijana dengan teknologi eDrive generasi kelima yang bakal diperkenalkan pada SUV BMW iX3 kelak.

Sistem eDrive ini menggandingkan motor elektrik, transmisi dan sistem elektronik ke dalam satu sistem bolt-on yang mampu menjimatkan ruang.

Selain daripada versi elektrik, BMW 7-Series ini akan turut ditawarkan dalam trenkuasa fosil seperti petrol, diesel dan juga plug-in hybrid.

BMW Group termasuk MINI dan Rolls-Royce sebelum ini telah mengumumkan bakal menjual kira-kira 25 buah model elektrik dan plug-in hybrid menjelang tahun 2023.

 

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Cadillac CTS-V Jaguar XE SV Bentley Continental Flying Spur Aston Martin Rapide S Dodge Charger SRT…