BMW 630i GT M Sport 2021 CKD dilancarkan - bermula dari RM417,659

oleh Mohamad Hanif|
Melengkapkan lagi penawaran kenderaan pemasangan tempatan BMW Malaysia adalah BMW 630i GT M Sport versi facelift yang turut dilancarkan baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semenjak diperkenalkan pada tahun 2017, BMW 6 Series Gran Turismo menggandingkan karakteristik coupe mewah dengan penawaran ruang yang berfungsi sekaligus mengisi ruang niche dan unik di dalam pasaran.

Untuk versi kemaskini tahun 2021, BMW 630i GT M Sport menampilkan beberapa perubahan seperti unit lampu utama BMW Matrix Laserlight yang direka semula, gril buah pinggang yang lebih besar, serta rekaan bampar baharu.

 


Penampilan 6 Series ini diserikan dengan pemasangan rim aloi ringan M bersaiz 20 inci serta angkup brek M Sport berwarna biru dengan designasi M.

Sementara bahagian belakang juga menampilkan spoiler aktif, bampar baharu dengan set diffuser insert yang hadir bersama-sama pakej M Sport, dan diakhiri dengan dua tip ekzos berbentuk trapezoid.

 


BMW 630i GT M Sport dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang berupaya menghasilkan 258 kuasa kuda dan daya kilas maksimum 400 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam masa 6.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

Penggunaan bahan api pula adalah sekitar 7.3 liter untuk setiap 100 km.

 


Antara kelengkapan yang dimuatkan pada ruang kabin adalah tempat duduk sports, roda stereng kulit M, paparan head-up, skrin tengah yang lebih besar bersaiz 12.3 inci, paparan kluster instrumen digital, diikuti konsol tengah dengan kemasan High Gloss Black.

Keselesaan penumpang ketika perjalanan jauh dijamin dengan penawaran sistem kawalan iklim empat zon, tirai penghadang cahaya matahari yang boleh digulung, bumbung kaca panorama, serta sistem audio Harman Kardon dengan 16 pembesar suara.

Tidak dilupakan, pelbagai ciri moden yang dimuatkan seperti Driving Assistant, Parking Assistant Plus, Active Cruise Control dengan fungsi Stop & Go, serta sistem BMW Live Cockpit Professional yang dioperasikan oleh BMW Operating System 7 dan menyokong kemaskini over-the-air menerusi sambungan 4G LTE.

 


Terdapat empat warna eksklusif ditawarkan iaitu Bernina Grey Amber Effect, Mineral White, Carbon Black dan Sophisto Grey Brilliant Effect, diikuti penawaran kemasan Leather 'Dakota' Black atau Leather 'Dakota' Cognac.

BMW 630i GT M Sport boleh didapati di semua pusat pengedar sah BMW bermula 28 Mei 2021 dengan harga jualan tanpa SST dari RM417,659.05 atau bulanan serendah RM4,778 menerusi Balloon Financing Plan daripada BMW Group Financial Services Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…