BMW 6 Series GT yang pertama dilancarkan

oleh SALINA JALIL|
BMW Malaysia memperkenalkan BMW 6 Series Gran Turismo yang Pertama, tanda aras terbaharu dipahat dalam segmen kelas kenderaan mewah melalui ciri-ciri kenderaan ini yang bertemakan keluasan, keselesaan, dan kefungsian yang tiada tandingannya.

Jentera baharu ini membawa portfolio model kenderaan BMW Group Malaysia yang dipasang di dalam negara ke aras yang baharu melalui sembilan model dan sebelas varian, lantas memperlihatkan komitmen pengeluar kenderaan ini untuk memperkembangkan skala operasi dan pelaburan di Malaysia, serta kedudukan negara Malaysia sebagai hab bagi BMW Group di rantau ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “BMW 6 Series GT menambah satu lagi dimensi dan penawaran baharu dalam portfolio produk mewah moden kami. Jentera baharu ini menawarkan ciri-ciri yang mengagumkan serta menampilkan format badan kenderaan baharu yang telah menempah nama di persada antarabangsa, dan ia juga didatangkan dengan ciri pemanduan yang selesa serta keluasan berstandard tinggi, justeru mendefinisikan karakter kenderaan ini yang tersendiri.”

 

 

bmw gt 1

 

Ciri-ciri unik generasi kenderaan yang terdahulu kini diperhalusi dan dibawa ke tahap yang baharu dalam BMW 6 Series GT, dengan evolusi sistematik yang ketara dilihat melalui keanggunan jentera ini yang serba sporti, selain daripada kelengkapan yang canggih, sistem bantuan dan pengawalan yang inovatif, serta kemajuan dalam aspek dinamisme dan efisiensi. 

 

“Model baharu ini akan menyuntik nafas baharu kepada kelas kenderaan eksekutif mewah, sebagai satu-satunya kenderaan dalam segmen seumpamanya yang menawarkan keluasan seperti kenderaan Gran Turismo yang moden, keselesaan pemanduan seperti sedan kelas mewah, dan dinamisme serta tarikan yang sepadan dengan coupé elegan yang bersaiz besar,” ujar Hoelzl.

 

 

Spesifikasi BMW 6 Series GT adalah seperti berikut:-

- Berkonsepkan teknologi EfficientLightweight di mana ia telah menerima anugerah EuroCar Body pada tahun 2017. Inovasi kejuruteraan ini didatangkan dengan peningkatan penggunaan aluminium dan keluli berkuatan tinggi bagi struktur badan dan komponen casis yang menghasilkan berat purata lebih kurang 150 kilogram dari model terdahulu.

- Lima ruang tempat duduk.

- Ruang kompartment/boot 610 liter dan boleh diperbesarkan lagi kepada 1800 liter dengan cara melipat tempat duduk.

- Lampu hadapan dari jenis LED 'Adaptive'

- Lampu belakang berbentuk tiga dimensi dari jenis LED.

- Suspensi Adaptif dengan 'Dynamic Damper Control' serta suspensi udara pada gandar hadapan dan belakang. Fungsi ini diguna pakai sekiranya pemandu ingin menaikan ketinggian kenderaan sehingga 20 milimeter dan boleh direndahkan sehingga 10 milimeter.


- Set roda 20" 'M light-alloy double-spoke 648M'.

- Enjin TwinPower Turbo dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan.

- Empat silinder 2.0 liter.

- Berkuasa kuda 258 h/p.

- Tork maksima 400 Nm.

- Kelajuan maksima adalah 250km/j.

- Pecutan kelajuan 0 hingga 100km/j dalam masa 6.3 saat.

- Ruang kabin dalaman yang versatil, mewah serta moden

- Bahagian Infotainmen didatangkan dengan paparan skrin sentuh bersaiz 10.25 inci dengan penggunaan bahan 'Fine Wood' dan kemasan krom.

- Ruang bumbung yang didatangkan dengan sunroof Panoramik dari jenis kaca.

- Sistem audio dari Harman Kardon.

- Dari segi keselamatan, ia didatangkan dengan Amaran Pengeluaran Laluan (Lane Departure Warning), Amaran Penukaran Laluan (Lane Change Warning), Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning)dan lain-lain.

Terdapat empat warna pilihan untuk BMW 6 Series GT ini iaitu putih (Alpine White), biru (Bluestone), hitam (Carbon Black) dan kelabu (Sophisto Grey). Padanan warna untuk bahagian kabin adalah hitam dan pilihan tambahan 'Leather Dakota Cognac'.

 

Anggaran harga adalah RM450,000 tanpa insuran.
 

 

BMW 6 Series GT ini juga didatangkan dengan:-

 

- waranti tanpa had pembatuan selama lima tahun serta program servis berjadual percuma. 

 

- penawaran servis 'Run Flat Tyre' selama 2 tahun/24 bulan.

 

- Bantuan tepi jalan dan Hotline Kemalangan 

 

- Servis atas talian oleh BMW

 

- Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ - BMW White Card.

 

BMW 6 Series GT boleh didapati melalui kesemua pengedar BMW yang bertauliah di dalam negara bermula dari hari Sabtu, 8 September 2018.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…