BMW 530e, 550e PHEV debut, sistem hibrid eDrive, kuasa sehingga 489 hp, 700 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Untuk makluman pembaca Careta, sedan mewah BMW 5 Series generasi baharu telah diperkenalkan pada pertengahan tahun yang lalu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Untuk permulaan ia hanya boleh didapati dalam versi elektrik i5 serta versi enjin pembakaran dalaman tulen 530i atau 540i xDrive.

Kini, pelanggan BMW boleh mendapatkan dua varian baharu dengan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV), iaitu 530e dan 550e xDrive.
 

5 series


BMW 530e dibekalkan dengan enjin 2.0 liter turbo menghasilkan 299 hp dan daya kilas 450 Nm, dengan menawarkan jarak gerak sifar emisi sejauh 103 km.

Sementara BMW 550e xDrive pula menampilkan enjin enam silinder sebaris dengan hamburan kuasa sehingga 489 hp dan 700 Nm, di mana jarak gerak elektrik sehingga 90 km.
 

550


Sistem hibrid eDrive mengintegrasikan motor elektrik dengan sistem transmisi Steptronic Sport lapan nisbah kelajuan, membolehkan kedua-dua sedan mencapai tahap penggunaan bahan api serendah 0.6 liter/100 km mengikut data WLTP.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 6.3 saat (4.3 saat untuk 550e xDrive), sementara kelajuan tertinggi dihadkan kepada 230 km/j (250 km/j untuk 550e xDrive).

Kedua-dua sedan ini datang dengan pek bateri 19.4 kWh yang boleh dicas penuh dalam masa tiga jam 15 minit, atau pengecasan 12 jam menggunakan soket domestik selain menyokong sistem pemulihan tenaga adaptif.
 

550


Susun atur ruang kabin BMW 530e dan 550e xDrive ini dilihat menyamai apa yang ditawarkan pada model 5 Series yang pernah dilancarkan beberapa bulan lepas.

Ruang tersebut lengkap dengan skrin kluster 12.3 inci, skrin infohibur sebesar 14.9 inci, serta sistem operasi iDrive 8.5 yang terkini.

Di Jerman, harga jualan 530e bermula dari €65,300 (RM323,439) dan naik sehingga €77,300 (RM382,876) untuk 550e xDrive.

Baca: Lapan perkara menarik tentang BMW 5 Series 2024