BMW 5-Series CKD baru dilancarkan - harga dijangka dari RM340k

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW Malaysia hari ini melancarkan varian CKD bagi model 520i di Pameran Auto Malaysia 2024 (MAS 2024) hari ini.

Varian yang dipasang di kilang pemasangan di Kulim itu menampilkan rekabentuk yang sama seperti varian elektrik i5 yang telah diperkenalkan di Malaysia lebih awal.

Menggunakan enjin B48 4-silinder dengan bantuan sistem hibrid ringkas 48V, ia memberikan tenaga maksimum 208hp dan 330 Nm, cukup untuk kelajuan maksimum 2230 kmsj dan pecutan 0-100 kmsj dalam 7.5 saat.

Selain itu, ia masih dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti skrin BMW Curved Display, BMW Interaction Bar dan banyak lagi.

Harga 520i CKD ini dijangka berada dalam lingkungan RM340,000.

 

 

BMW Malaysia juga melancarkan satu lagi varian untuk versi elektrik 5-Series, BMW i5 M60 xDrive.

Model prestasi elektrik ini lengkap dengan komponen-komponen M seperti spoiler belakang, angkup brek M Sport warna merah, M Lights Shadowline, M High Gloss Shadowline dan roda aloi 21-inci dengan ciri-ciri aerodinamik.

Ia dijana oleh dua motor elektrik yang menghamburkan tenaga kesemua roda. Tenaga maksimum ialah 601hp dan 795Nm, menjamin pecutan 0-100 kmsj dalam masa 3.8 saat dan kelajuan maksimum 230 kmsj.

Bateri sebesar 83.9 kWh menjamin jarak gerak sejauh 516 km (WLTP). Fungsi Max Range pula membantu meningkatkan jarak gerak sejauh 25 peratus dengan mengawal kelajuan dan menutup beberapa fungsi keselesaan, bila perlu.

Pengecaj terbina dalam (On Board Charger) pula ialah 22 kW AC, tertinggi untuk pengecaj dinding di rumah.

Harga untuk i5 M60 xDrive ini ialah dalam lingkungan RM480,000 sementara varian sedia ada, i5 eDrive 40 M Sport ialah RM399,800.

BMW juga mengumumkan harga untuk SUV elektrik mereka, BMW iX1 eDrive20 M Sport pada harga RM249,800 dan BMW iX2 xDrive30 M Sport pada RM282,800.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Media Jerman Handelsblatt melaporkan bahawa pembuat bateri lithium-ion Sweden itu tidak dapat…
Berita Global
  Apa yang terhad pada sedan, coupé dan hatchback menjadi bebas pada SUV. Terbaru BMW…
Berita Global
  Angka itu 20 hp lebih tinggi termasuk M2 dengan kotak gear enam kelajuan manual yang…