BMW 330e M Sport - 292 hp/420 Nm, bermula dari RM265 ribu

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia baru-baru ini membawakan penambahan varian baharu kepada penawaran sedan sporti 3-Series iaitu varian plug-in hybrid BMW 330e M Sport.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

BMW 330e M Sport serba baharu ini didatangkan dengan enjin BMW TwinPower Turbo 2.0 liter dengan teknologi XtraBoost yang membenarkan sedan ini mendapat kuasa setinggi 292 hp dan daya kilas 420 Nm.

Prestasi pecutan adalah sekitar 5.9 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 230 km/j dan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 2.2 liter untuk setiap 100 km.

 


Teknologi XtraBoost itu tadi dicipta untuk pengalaman pecutan yang lebih padu, di mana ia boleh diaktifkan menerusi mod pemanduan SPORT, atau menukar seleksi gear kepada posisi M atau S.

Antara ciri yang dibawakan termasuklah pakej M Aerodynamics, sistem brek M Sport, sistem suspensi adaptif M Sport serta talaan kepada stereng sport M balutan kulit yang menawarkan pengendalian yang lebih sporti.

 


Ruang dalaman BMW 330e M Sport ini menampilkan trim kemasan Aluminium Tetragon, headliner anthracite daripada BMW Individual, BMW Live Cockpit Professional terdiri daripada meter digital 12.3 inci dan skrin tengah 10.25 inci.

Sistem infotainmen itu tadi dilengkapkan lagi dengan sistem operasi BMW Operating System 7, BMW ConnectedDrive, sistem audio HiFi Loundspeaker dengan 10 pembesar suara dan amplifier 205W, dan ciri sambungan Apple CarPlay.

 


Aspek keselamatan tidak pernah dilupakan apabila BMW 330e M Sport ini menawarkan ciri Driving Assistant Professional yang merangkumi bantuan stereng dan bantuan laluan, Parking Assistant, dan bantuan mengundur.

Terdapat sehingga lima warna pilihan termasuklah Alpine White, Black Sapphire, Portimao Blue, Mineral Grey dan Sunset Orange yang boleh dipadankan dengan warna upholesteri kulit Vernasca hitam atau Cognac, serta jahitan hiasan hitam.

 


Harga jualan BMW 330e M Sport bermula dari RM264,613.13, atau serendah RM2,938 menggunakan Balloon Financing Plan, serta didatangkan dengan jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun, program servis berjadual percuma, bantuan tepi jalan, serta jaminan terhadap bateri hibrid sehingga lapan tahun atau 160,000 km yang mana terdahulu.

Tawaran bateri hibrid tersebut hanya sah untuk pembelian sehingga 31 Disember 2020.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…