BMW 320i Sport 2021 kini dengan skrin digital BMW Live Cockpit Professional - harga dari RM244 ribu

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia hari ini mengumumkan kemaskini penawaran terhadap model sedan BMW 320i Sport.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti penawaran terdahulu, model sedan 3-Series aras mula itu kini dilengkapi dengan sistem infotainmen BMW Live Cockpit Professional - skrin paparan kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci bagi menggantikan meter analog dan skrin terdahulu 5.1 inci.

Skrin kluster ini mampu untuk memaparkan pelbagai informasi penting seperti putaran enjin lawan jam, kapasiti tangki bahan api, suhu, data pemanduan, serta meter G-Force.

 


Sementara itu, skrin paparan tengah juga turut mendapat naiktaraf kepada skrin 10.25 inci (resolusi 1920x720) daripada skrin terdahulu bersaiz 8.8 inci (resolusi 1280x480).

Teknologi moden yang dimuatkan pada BMW 320i Sport ini termasuklah ciri mengundur semi-autonomi Reversing Assistant, Rear View Camera, serta pengaktifan BMW Intelligent Personal Assistant yang boleh dibuat menerusi kata sapaan "Hey BMW".

 


Dari segi luaran, BMW 320i Sport membawakan ciri seperti lampu kabus LED dengan tirai udara terintegrasi, serta rim aloi bersaiz 18 inci V-Spoke Style 780 Bicolour.

Unit kuasa juga masih lagi kekal dengan enjin 2.0 liter TwinPower Turbo yang menghasilkan 184 hp @ 5,000-6,500 rpm, daya kilas 300 Nm @ 1,350-4,000 rpm serta keupayaan pecutan 0-100 km/j  dalam tempoh 7.1 saat.

Kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 235 km/j sementara bacaan penggunaan bahan api pula adalah serendah 6.3 liter untuk setiap 100 km.

 


Terdapat lima warna pilihan ditawarkan iaitu Phytonic Blue, Black Sapphire, Alpine White, Mineral Grey dan Sunset Orange.

Harga jualan bermula dari RM243,883.65 (termasuk Jaminan Lanjutan dan Pakej Servis, tidak termasuk SST dan insurans) atau bulanan serendah RM2,708.00 menerusi pelan pembiayaan Balloon Financing Plan dari BMW Group Financial Services Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…