BMW 3 Series Touring AC Schnitzer - wagon pantas yang tidak akan dibuat oleh BMW M!

oleh Mohamad Hanif|
Divisyen berprestasi tinggi BMW, M sudah mengaku awal-awal bahawa mereka tidak akan menghasilkan jentera wagon M disebabkan pasaran yang sangat kecil (niche) berbanding SUV berprestasi tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, jika anda sememangnya mahukan sebuah jentera wagon berprestasi tinggi daripada BMW, lihat sahaja contoh yang kami bawakan pada artikel ini. 
 


AC Schnitzer, satu nama yang tidak asing lagi dalam menghasilkan jentera BMW modifikasi, dan mereka kini tampil dengan talaan tersendiri bagi model 3 Series Touring. 

Di bahagian luaran, AC Schnitzer telah memasang kit badan aerodinamik seperti splitter hadapan, skirt sisi, spoiler hadapan serta spoiler belakang yang bertenggek di atas bumbung. 

Nampak lebih agresif berbanding model wagon 3 Series yang biasa kita lihat. 
 


Modifikasi tersebut diteruskan dengan penawaran rim bersaiz 19 atau 20 inci, lengkap dengan aksesori tambahan seperti paddle shifter, perehat kaki, pedal, dan pemegang kunci, kesemuanya diperbuat daripada aluminium. 

Aspek pengendalian jentera wagon pantas ini tidak diabaikan dengan pemasangan set suspensi sport yang mampu merendahkan tinggi wagon ini sebanyak 25 mm. 
 


Talaan juga turut diberikan kepada nadi asal, di mana AC Schnitzer mengusik nadi asal 330d ini supaya mampu menghamburkan 315 kuasa kuda dan 660 Nm daya kilas, manakala kerja-kerja talaan masih lagi dijalankan untuk varian lain seperti 320i, 330i dan M340i xDrive. 

Hasil sisa pembakaran enjin disalurkan ke luar menerusi sistem saluran yang diakhiri dengan empat tip ekzos yang mampu memperdayakan penglihatan para pencinta wagon di luar sana. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Termasuklah BMW di mana mereka kini mempunyai dua produk kenderaan keluarga rekaan dua kotak (two-…