BMW 218i Gran Coupe M Sport - dari RM211 ribu

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia hari ini melancarkan sebuah lagi model sedan coupe, iaitu BMW 218i Gran Coupe M Sport bertempat di Pavillion, Kuala Lumpur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, BMW turut memperlihatkan kolaborasi dengan empat organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu Komuniti Tukang Jahit, Changgih Designs, INKAA, Kanoe, di mana terdapat empat rekaan pelekat samaran berbeza dipamerkan di ruang hadapan pusat membeli belah ini.

Sama seperti BMW 1 Series, BMW 2-Series ini turut dibangunkan menggunakan pelantar pacuan roda hadapan BMW yang menggandingkan dinamik pemanduan yang tersendiri, serta penawaran ruang kabin yang lebih luas.

 


Dari segi luaran, ia ternyata membawakan elemen yang terdapat pada keluarga Gran Coupe seperti garis bumbung yang lebih rendah, serta rekaan pintu tanpa rangka, diikuti dengan rekaan gril buah pinggang tiga dimensi, lampu utama LED serta lampu kabus LED.

BMW 218i Gran Coupe M Sport ini turut menerima pakej M Sport terdiri daripada rim aloi 819 M Bicolour bersaiz 18 inci, pakej M Aerodynamics serta BMW Individual Shadow Line.

Unit kuasa yang ada pada BMW 218i Gran Coupe ini adalah enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter yang menghasilkan 140 kuasa kuda dan 220 Nm daya kilas yang memacu roda hadapan menerusi transmisi Steptronic DCT tujuh nisbah kelajuan.

 


Sementara ruang kabin BMW 218i Gran Coupe M Sport ini menerima kelengkapan seperti roda stereng balutan kulit M Sport, tempat duduk balutan kulit Dakota, sistem pendingin hawa automatik dua zon, serta sistem pencahayaan Light Package.

Di hadapan pemandu, terdapat BMW Live Cockpit Plus yang terdiri daripada dua meter analog mengapit skrin digital bersaiz 5.1 inci, manakala di bahagian tengah pula terdapat skrin infotainmen bersaiz 8.8 inci.

Konsol tengah pula menampilkan tombol gear, alat kawalan iDrive, kawalan dinamik pemanduan, serta ruang storan yang diperlukan untuk meletakkan barangan.

 


Ruang kargo pula adalah sebesar 420 liter, lebih besar 40 liter berbanding BWM 2 Series Coupe, dan boleh diperbesarkan dengan tempat duduk baris kedua diipat nisbah 40:20:40.

Antara kelengkapan keselamatan yang didatangkan adalah Lane Change Warning, Crossing Traffic Warning, Rear Collision Warning, Speed Limit Assist, Lane Departure Warning dengan intervensi stereng aktif, Forward Collision Warning dan Parking Assistant.

Terdapat sehingga lima warna pilihan ditawarkan iaitu Alpine White, Black Sapphire, Snapper Rock Blue, Storm Bay dan Melbourne Red, diikuti dengan warna upholesteri kulit Dakota.

 


Harga jualan BMW 218i Gran Coupe M Sport bermula dari RM211,387 dimana yuran tempahan adalah serendah RM1,000 yang boleh dibuat menerusi https://www.shop.bmw.com.my/

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…