BMW 2 Series Limited Edition dengan M Performance Parts, 50 unit sahaja untuk satu Malaysia, dari RM228k

oleh Mohamad Hanif|
Auto Bavaria baru-baru ini mengumumkan kehadiran model BMW 2 Series edisi terhad yang didatangkan dengan pakej khas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hanya 50 unit sahaja ditawarkan untuk pasaran Malaysia, BMW 2 Series Limited Edition ini didatangkan dengan komponen eksklusif M Performance Parts dengan tiga pakej menarik iaitu Aesthetics, Signature Sound dan Best of Both Worlds.

Pakej Aesthetics itu menawarkan rupa paras yang sporti beserta baucar Petrol bernilai RM3,000, sementara Signature Sound pula membawakan sistem bunyi Harman Kardon dan hadiah berupa pembesar suara Bluetooth jenama yang sama.
 

2 series


Untuk mendapatkan kedua-dua pakej yang disebutkan tadi, pembeli hanya perlu memilih pakej Best of Both Worlds, dan setiap pakej didatangkan dengan pakej tinta dan cawan seramik Sttoke.

Pakej M Performance Pars pula merangkumi gril hadapan MPA Shadowline, perumah cermin sisi gentian karbon, spoiler belakang M, lampu projektor LED pada pintu dan M Performance Slides.

Harga jualan BMW 2 Series Limited Edition dengan M Performance Parts ini bermula dari RM227,800 hingga RM233,800 di Semenanjung Malaysia.


BMW 2 Series Limited Edition

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sayang sekali, untuk generasi baharu ini BMW 2 Series tidak lagi ditawarkan dalam varian transmisi…
Berita Global
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada gambar yang diperoleh daripada Instagram @wilcoblok…
Berita Global
Dibangunkan atas pelantar pacuan roda hadapan 1 Series, 2 Series Gran Coupe mempunyai proporsi…