BlueStations baharu yang dipasang di stesen Petronas terpilih di pelbagai lokasi membolehkan lebih ramai penunggang Blueshark menikmati faedah pertukaran bateri.
COO Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, Jin Chan berkata, “Perluasan rangkaian pertukaran bateri BlueStation Blueshark ini meluaskan liputan kami di kawasan pusat utama dan meningkatkan tawaran Blueshark kepada seberapa ramai penunggang yang mungkin.”
Peluasan itu menyaksikan 10 lagi BlueStations dipasang di stesen Petronas terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor termasuk di Bangsar, Damansara Jaya, Cheras, Kepong, dan Kota Damansara.
Ia menambah kepada lima BlueStations asal yang disediakan semasa pelancaran Blueshark R siri Smart Electric Skuter pada Mac 2023.
Rancangan untuk mengembangkan lagi rangkaian BlueStation, bermula dengan seluruh Lembah Klang dan ke lokasi luar termasuk Johor dan Pulau Pinang, dengan sasaran 50 BlueStation dipasang di seluruh negara pada akhir 2024.
Skuter elektrik pintar R1 Blueshark mempunyai akses kepada infrastruktur pertukaran bateri pertama yang tersedia secara komersial di Malaysia.
Ia juga boleh mengecas semula daripada mana-mana soket dinding standard atau hanya mengeluarkan bateri dan mengecasnya melalui kit pengecasan rumah.
Cabaran yang selalu dihadapi untuk penggunaan EV adalah pada harga yang tinggi, kualiti produk, kebimbangan jarak gerak, kemudahan pengecasan, masa pengecasan, jangka hayat bateri, nilai terpakai dan kos penggantian bateri lama.
Maka, dengan Pelan langganan BlueSwap Blueshark dan pilihan pajakan bateri menjadikan ia lebih menarik kerana bukan sahaja skuter itu lebih murah, tetapi penunggang tidak perlu membeli bateri secara langsung atau bimbang tentang jangka hayat bateri dan lain-lain.
Tambahan itu, BlueStation juga dilengkapi dengan kamera CCTV untuk rakaman 24 jam, kawalan pintar untuk suhu, kebakaran, kerosakan litar pintas dan air, pemotongan elektrik automatik dan alat pemadam api dalaman jika diperlukan.
Blueshark turut mewujudkan nombor bantuan dan sokongan untuk bantuan WhatsApp 24 jam sehari yang boleh diakses melalui kod QR pada setiap BlueStation.
Blueshark juga merupakan ahli Jawatankuasa Standard Kebangsaan Kumpulan Kerja BSS Pengangkutan, yang ditubuhkan pada 2023 dan diketuai oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Turut bersama, Jabatan Standard Malaysia untuk membangunkan dan merumuskan piawaian dan garis panduan termasuk kebolehoperasian, penyepaduan, keselamatan, dan piawaian sistem swap bateri di Malaysia.
Lokasi Blueshark BlueStation
Lima lokasi awal:
1) Blueshark Showroom & 3S Centre Glenmarie,
No. 1, Block B, Putra Park, Jalan Penyair U1/44, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor
2) Petronas Desa Mentari
Lot PT 621, HS(D) 173396, Jalan Klang Lama, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya, Selangor
3) Petronas Batu 3 Federal Highway
Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan, 47500 Subang Jaya, Selangor
4) Petronas Seksyen 13
Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
5) Petronas USJ 6
1, USJ 6/2j, Usj 6, 47500 Subang Jaya, Selangor
10 lokasi terbaharu:
Selangor
6) Petronas Petaling Utama
Petronas, Pt1773, Jln PJS 1/25, Taman Petaling Utama, 46000 Petaling Jaya, Selangor
7) Petronas Damansara Jaya 2
2, Petronas, Lot 10068, Jalan SS 22/48, Damansara, 10068, Jalan SS 22/48, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor
8) Petronas Mutiara Damansara
Pt 40036, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
9) Petronas Jalan 222
Lot 1, Lorong 51a/227a, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor
10) Petronas Seksyen 7
Aikhalman Enterprise, 1, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
11) Petronas Kota Damansara 2
Petronas, 1, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Kuala Lumpur
12) Petronas NPE Pantai Dalam
CH.1520-1710, Off New Pantai Expressway (NPE), Near Pantai Dalam Interchange, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
13) Petronas Jalan Maarof (Bangsar Park)
5, Jalan Maarof, Bangsar, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
14) Petronas Bandar Menjalara
Lot 44665 Mukim Batu, Kepong, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur
15) Petronas Jalan Cochrane
494, Jln Tun Razak, Cheras, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan