BLIS atau Sistem Amaran Titik Buta wajib jika mahu 5-bintang dalam Asean NCAP 2021

oleh HEZERI SAMSURI|
Sistem Amaran Titik Buta atau BLIS (Blind-Spot Indicator System) yang mengesan kenderaan di bahagian titik buta cermin sisi bakal menjadi satu sistem keselamatan yang wajib jika sesebuah kenderaan itu mahu mendapat 5 bintang dalam ujian keselamatan Asean-NCAP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini dikongsi bersama oleh Dr Khairil Anwar Abu Kassim, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan juga Setiausaha Agung untuk Asean-NCAP.

"Ini adalah salah satu usaha untuk mengurangkan risiko perlanggaran antara kenderaan empat roda dengan motosikal, dan sekaligus mengurangkan kadar kematian di kalangan pengguna motosikal," ujar Khairil.

 

 

Sebelum ini, hasil kajian Miros dan Asean-NCAP telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk mewajibkan pemasangan teknologi Electronic Stability Control (ESC) atau Kawalan Penstabilan Elektronik bermula pada tahun 2018 di mana ia membantu pemandu dari hilang kawalan ke atas kenderaan mereka.

BLIS juga sebenarnya telah dimasukkan sebagai salah satu elemen penting dalam penghakiman ujian keselamatan Asean-NCAP bermula pada tahun 2017.

"Diharapkan pihak kerajaan akan menjadikan BLIS sebagai satu alatan yang wajib juga kerana ia memang terbukti membantu pemandu untuk mengesan kedudukan motosikal di sisi kenderaan mereka," terang Khairil.

Sebanyak 6,167 kematian akibat kemalangan jalanraya dilaporkan sepanjang tahun 2019 (statistik dari PDRM), dan penunggang motosikal masih menjadi golongan tertinggi di dalam kadar kematian tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…