Bizzarrini kembali dengan Giotto, syarikat yang diasaskan bekas jurutera Ferrari

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bizzarrini Giotto
Bizzarrini Giotto
Perjalanan Ferrari sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta eksotik dari Itali penuh dengan warna-warni.

Sebagai sebuah syarikat hebat, Ferrari juga mempunyai kaki tangan atau bekas kaki tangan yang hebat.

Satu daripada individu hebat ialah Giotto Bizzarini yang merupakan bekas pemandu uji Alfa Romeo dan pernah berkhidmat sebagai jurutera Ferrari.

Banyak kisah hebat tentang beliau dan sejarah terpahat apabila Bizzarini menubuhkan syarikat kereta dengan nama sendiri pada 1964.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Giorgetto dan Fabrizio Giugiaro
Giorgetto Giugiaro dan Fabrizio Giugiaro

 

Selain menghasilkan kereta lumba, Bizzarini mengeluarkan model jalanan seperti 5300 GT Strada dan Europa.

Selepas beberapa ketika operasi syarikat Bizzarini dihentikan dan pada 2020 hak jenama Bizzarini dibeli oleh Pegasus Brands.

Pemilik baharu berhasrat untuk kembali mengaktifkan Bizzarrini dan tidak menunggu lama telah pun mendedahkan model baharu yang diberi nama Giotto.

Tidak lain dan tidak bukan nama itu sempena pengasasnya, Giotto Bizzarrini.

 

Bizzarrini Giotto

 

Melalui Giotto, kerjasama yang pertama kali terjalin pada enam dekad lalu disambung semula dengan rekaan dihasilkan Giorgetto Giugiaro dan anak beliau Fabrizio Giugiaro.

Giorgetto Giugiaro adalah individu yang menyumbang kepada reka bentuk Bizzarrini 5300 GT semasa beliau berkhidmat di firma reka bentuk Bertone.

Dari lipatan sejarah tersebut, Giorgetto Giugiaro adalah individu yang paling untuk mereka bentuk model baharu Bizzarrini.

Giotto dibuat daripada gentian karbon dengan bentuk badan rendah yang merupakan DNA rekaan kereta super Bizzarini.

 

Bizzarrini Giotto

 

Selain itu, dua liang pada bonet asal Bizzarini dijelmakan semula pada bahagian depan Giotto dengan lampu LED langsing.

Turut dibawa semula ialah reka letak logo Bizzarrini seperti 5300 GT. Pada bahagian sisi, elemen asal 5300 GT dengan tiang B dan dalam bentuk tiga segi turut diadaptasi pada Giotto.

Selain persamaan tersebut, Giotto berbeza dengan enjin pada bahagian tengah (rear-mid) dan pacuan belakang berbanding enjin depan (front-mid) dan pacuan belakang pada 5300 GT.

 

Bizzarrini Giotto dan 5300 GT

 

Lebih maklumat akan didedahkan pada tahun ini dan pembangunan rangkaian kuasa serta aspek kejuruteraan Giotto diselia oleh Ketua Pegawai Teknikal Bizzarini, Chris Porritt.

Beliau sebelum ini mengetuai bahagian kejuruteraan Aston Martin, Tesla dan Rimac.  

Satu lagi sejarah yang perlu diketahui tentang Giotto Bizzarrini ialah beliau turut terlibat di dalam pembangunan enjin V12 Lamborghini dan digunakan pada 350 GT.

Ciri rekaan enjin V12 Bizzarrini terus digunakan Lamborghini sehingga tahun 2010.

Penulis: Muhammad Md Tajudin