'Bird Box Challenge' - remaja 17 tahun didakwa kerana memandu sambil menutup mata

oleh Mohamad Hanif|
Terlalu berani mempertaruhkan nyawa akibat Bird Box Challenge, seorang remaja telah ditahan kerana memandu secara berbahaya sambil menutup mata di Layton Parkway, Utah beberapa hari yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan Layton Police, remaja tersebut didakwa meniru aksi filem Netflix "Bird Box" yang dilakonkan oleh Sandra Bullock dengan menutup mata ketika memandu. 

Insiden tersebut kemudiannya mengakibatkan pelanggaran antara trak pikap yang dipandu oleh remaja perempuan berusia 17 tahun dan sebuah Honda HR-V. 

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. 
 


Wakil daripada Lyton Police, Lt. Travis Lyman berkata, sepanjang tempoh bertugas sebagai seorang polis, beliau hampir tidak percaya apabila terpaksa memberikan nasihat "dilarang memandu sambil menutup mata" kepada remaja tersebut.

Remaja tersebut akan didakwa atas kesalahan memandu secara berbahaya - FOX13