Biodiesel B20 bakal dipasarkan di seluruh negara

oleh Mohamad Hanif|

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, kerajaan dilihat berhasrat untuk memasarkan biodesel B20 di stesen minyak di seluruh negara, sebagai satu mekanisme untuk mengawal industri berasaskan sawit.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim, berkata pelaksanaan cadangan itu bagaimanapun akan diumumkan selepas perbincangan dibuat bersama syarikat petroleum, pengeluar dan pengeksport kereta serta beberapa pihak berkaitan lain.

Beliau berkata, jawatankuasa bersama membabitkan Kementerian Industri Utama, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Jabatan Perdana Menteri juga sudah ditubuhkan bagi mengendalikan perkara itu.

“Jawatankuasa ini sudah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet semalam, bagi membincangkan kaedah pelaksanaan untuk memasarkan B20 kerana ia membabitkan perundangan dan peraturan yang turut membabitkan kementerian dan agensi lain.

Menurut beliau lagi, kaedah ini akan memperluaskan lagi penggunaan minyak sawit di dalam negara, terutama di dalam sektor pengangkutan dan industri, sekaligus menaikkan harga komoditi ini. 

Sumber: Berita Harian

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 naik 13 sen kepada RM2.70 per liter manakala harga…
Berita Domestik
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 naik 1 sen kepada RM2.57 per liter manakala harga…
Informasi
    Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 turun 3 sen kepada RM2.56 per liter manakala…