Bina saiz sebenar Toyota GR Supra dengan 477,303 bongkah Lego, ia boleh dipandu!

oleh SALINA JALIL|
Seramai 21 jurubina dan dua mekanik berjaya membina sebuah kereta Toyota GR Supra saiz sebenar dengan menggunakan 477,303 bongkah Lego.


Lapor Daily Mail, pasukan itu memperuntukkan masa selama 225 hari bersamaan 5,400 jam bagi menghasilkan kereta sebenar berwarna kuning.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Menurut Toyota, replika itu dibina di Republik Czech dengan menggunakan kepingan Lego sebenar dan memiliki motor elektrik di bahagian tempat duduk, roda, pedal yang bersumberkan dari sebuah kereta sebenar.

 

Replika itu turut mempunyai bingkai logam sebagai tapak serta tayar, lampu dan pintu sebenar yang dapat berfungsi sepenuhnya serta dipandu pada kelajuan maximum sehingga 27 km/j 

 

lego 1

 

Projek itu merupakan penghormatan sempena ulang tahun Supra ke-35 dalam industri permotoran.

 

Kereta itu akan dipamerkan di Legoland Jepun sehingga 11 Oktober depan.

 

lego 2

DailyMail

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…
Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…
Berita Global
Lego Wrangler ini menggunakan 665 blok untuk dibina, lengkap dengan gril 7-lubang, winch yang…