BIMS 2023: Honda XL750 Transalp 2023, nadi Hornet, 90.5 hp, 75 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pengenalan model Hornet, Honda Thailand turut memperlihatkan sebuah model adventure touring saiz pertengahan Honda XL750 Transalp 2023 di Bangkok International Motor Show.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangun menggunakan platform yang sama digunakan oleh Hornet, Honda XL750 Transalp ini turut berkongsi enjin yang serupa.
 

transalp


Nadi parallel-twin 755 cc dengan sudut 270 darjah itu berupaya menjana kuasa setinggi 90.5 hp @ 9,500 rpm dan daya kilas 75 Nm @ 7,250 rpm.

Kuasa itu tadi disalurkan kepada roda menerusi transmisi enam nisbah kelajuan serta klac assist slipper.
 

Transalp


Aspek tunggangan turut dibantu dengan ciri elektronik seperti ride-by-wire, lima mod tunggangan (Sport, Standard, Rain, Gravel, User), tiga larasan untuk fungsi Engine Brake Control dan Traction Control, Wheelie Control serta sistem brek ABS yang boleh ditetapkan untuk kegunaan off-road.

Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan Showa 43 mm dengan jarak gerak 200 mm, sementara bahagian belakang menggunakan penyerap hentak tunggal Showa (jarak gerak 200 mm).
 

Transalp


Informasi penting boleh diakses menerusi skrin paparan bersaiz lima inci berwarna penuh yang boleh dihubungkan kepada peranti pintar.

Harga jualan Honda XL750 Transalp 2023 hanya akan diumumkan pada bulan Ogos nanti.