BIMS 2023: Galeri gambar Toyota Yaris 2023 facelift

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan lalu, Toyota Thailand telah pun melancarkan kemaskini berbentuk facelift bagi model hatchback segmen B Toyota Yaris 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemaskini tersebut lebih bersifat kosmetik di mana Toyota mendatangkan beberapa perubahan pada bahagian luar, serta penambahbaikan pada ciri di dalam ruang kabin.
 

Yaris


Antara yang berubah termasuklah reka bentuk muka hadapan yang membawakan unit lampu utama LED yang lebih tajam, bampar depan yang agresif, kemaskini seakan diffuser pada bampar belakang, serta liang udara sisi palsu.

Unit infotainmen untuk varian Premium didatangkan dengan skrin bersaiz sembilan inci yang turut menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.
 

yaris


Selain daripada itu, susun atur papan pemuka Yaris facelift ini adalah hampir sama dengan apa yang ditawarkan pada model terdahulu.

Toyota Yaris 2023 facelift ini masih lagi mengekalkan enjin 1.2 liter 3NR-VE dengan kuasa 92 PS dan 109 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.
 

Yaris


Selain daripada versi standard, Toyota Thailand turut menawarkan sehingga tiga pakej kosmetik yang terdiri daripada Lusso, Chiaro dan juga Presto.

Yaris facelift ini dijual pada harga bermula dari 559,000 baht (RM72,373).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit yang dipamerkan ini merupakan unit pemanduan sebelah kiri, di mana menurut laporan…
Berita Global
Rata-ratanya berada di dalam kelas yang lebih mahal dan di luar kemampuan golongan kebanyakan…
Berita Global
Sehingga acara Bangkok Internasional Motor Show 2023 berlangsung pada ketika ini, Toyota langsung…