Billboard Maya Lewis Hamilton di Menara Berkembar Petronas

oleh Qalif Latif|
Shell Malaysia berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan pelancaran billboard maya atau "fake out-of-home" (FOOH) yang memaparkan pelumba F1 terkenal, Lewis Hamilton memandu jentera Scuderia Ferrari HP di tengah-tengah mercu tanda ikonik Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas, Jalan Petaling dan Menara KL.

Kempen yang dilancarkan secara digital ini merupakan kerjasama antara Shell Malaysia, GrowthOps Asia (lead creative), Edelman (PR), dan Invictus Blue (media). Meskipun sekadar visual maya, hasilnya nyata luar biasa menjana lebih 1.65 juta tontonan organik serta ribuan komen dalam tempoh singkat selepas dilancarkan pada 20 Jun lalu.

Iklan ini dilihat sebagai sebahagian daripada strategi kreatif Shell di bawah kempen “Feel It All”, bersempena ulang tahun ke-75 kerjasama Shell dan Scuderia Ferrari dalam dunia perlumbaan. Antara highlight utama, rakyat Malaysia berpeluang memenangi pengalaman VIP ke perlumbaan F1 di Singapura menerusi peraduan khas yang sedang berlangsung.

Chris Greenough, Pengurus Besar GrowthOps Asia berkata, “Kami tahu rakyat Malaysia ada hubungan yang kuat dengan Lewis Hamilton. Iklan ini menggabungkan emosi dan kejuruteraan kombinasi sempurna untuk berhubung dengan pengguna di sini.”

Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility & Convenience Malaysia, Shell V-Power bukan sekadar bahan api biasa, malah ia adalah satu-satunya bahan api yang digunakan, diuji dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari HP untuk prestasi maksimum di litar.

Iklan maya ini turut dipuji ramai pengguna media sosial yang mengagumi keberanian dan kreativiti pasukan pemasaran Shell. Salah satu komen berbunyi: "Shell punya team ni patut dapat bonus dan cuti panjang. Gempak betul iklan ni!"

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Hamilton akui sudah kembali ke prestasi terbaik Menurut juara dunia tujuh kali itu, beliau kini…
Sukan Bermotor
Juara dunia tujuh kali itu sebelum ini melalui musim sukar selepas perpindahan besar ke Scuderia,…
Berita Global
Dalam hantaran tersebut, pelumba Formula 1 itu mengakui situasi di lapangan boleh membuatkan…