Bilik pameran Ducati Johor kini dibuka

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ducati Malaysia hari ini telah melancarkan bilik pameran Ducati Johor bagi menyediakan pengalaman pemilikan motosikal mewah serba baharu untuk para peminat di selatan tanah air.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Majlis pelancaran itu turut disertai Marco Biondi, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia Pasifik, Dennis Michael, Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia dan pelumba pasukan JDT Racing Team, Hafizh Syahrin.

Pembukaan bilik pameran itu menandakan kehadiran semula Ducati ke Johor selepas 10 tahun, sekaligus merancakkan semula semangat Ducatisti di kawasan ini.

 

2

 

Kemudahan baharu itu terletak secara strategik di No.9 Jalan Permas 9/17, Masai, Johor Bahru, bersebelahan Aeon Permas Jaya.

Pusat pengedar bernilai RM3.5 juta itu memiliki keluasan 2,418 kaki persegi yang direka untuk menawarkan pengalaman premium dengan identiti Ducati kepada para pelanggan.

Ia merangkumi bangunan tiga tingkat yang menempatkan ruang pameran dan aksesori di tingkat satu, pusat servis di tingkat dua dan ruang pejabat di tingkat 3.

 

3

 

Ruang pameran mampu memuatkan sehingga 16 buah motosikal, sementara pusat servis menempatkan 4 ruang servis dan mampu menyelenggara sehingga 200 motosikal setiap bulan.

Pusat pengedar di Johor itu dibuka Isnin hingga Sabtu dari 10 pagi hingga 7 malam, manakala hanya bilik pameran tetap dibuka pada hari Ahad dari 10 pagi hingga 3 petang.

Dengan pelancaran pengedar bahari di Johor, Ducati Malaysia menetapkan sasaran jualan 30 unit menjelang akhir 2024 dan 100 unit pada tahun 2025.